Gertrude Bambrick

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gertrude Bambrick
Kelahiran(1897-08-24)24 Ogos 1897
Meninggal duniaJanuari 10, 1974(1974-01-10) (umur 76)
Boynton Beach, Florida, AS
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1912–1916
PasanganJack Alicoate (bercerai 1929)
Marshall Neilan (Disember 1913 – March 1921)

Gertrude Bambrick (24 Ogos 1897 – 10 Januari 1974) merupakan pelakon Amerika Syarikat era filem senyap. Beliau pernah muncul dalam 60 buah filem dari tahun 1912 sehingga 1916.

Bambrick pernah berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan pertama beliau adalah bersama Marshall Neilan, seorang pengarah filem, dan berakhir dengan penceraian. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak, Marshall Neilan Jr, yang kemudiannya menjadi editor filem. Penceraian Bambrick bersama Neilan berlaku apabila Neilan mempunyai hubungan dengan pelakon filem, Blanche Sweet yang kemudiannya menjadi isteri Neilan sebelum bercerai pada tahun 1929. Perkahwinan kedua Bambrick adalah bersama Jack Alicoate. Mereka dikurniakan dua orang anak, Patricia dan Virginia. Bambrick tidak pernah kembali dalam bidang lakonan dan meninggal dunia di Boynton Beach, Florida.

Filemografi terpilih[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]