Gua-Gua Padah-Lin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gua-Gua Padah Lin
Padah-Lin Cave
Papan tanda dengan rajah struktur gua dan hasil seni dinding gua
Gua-Gua Padah-Lin is located in Bumi
Gua-Gua Padah-Lin
Gua-Gua Padah-Lin (Bumi)
Nama alternatifPadalin
LokasiYwangan, Daerah Taunggyi, Negeri Shan
WilayahMyanmar
Koordinat21°6′0″N 96°18′0″E / 21.10000°N 96.30000°E / 21.10000; 96.30000Koordinat: 21°6′0″N 96°18′0″E / 21.10000°N 96.30000°E / 21.10000; 96.30000

Gua-Gua Padah-Lin (Bahasa Burma: ဗဒလင်းဂူ, disebut [bədəlíɰ̃ ɡù]; juga Padalin atau Badalin[1]) ialah sekumpulan gua batu kapur di Daerah Taunggyi, Negeri Shan, Myanmar. Gua-gua ini terletak berdekatan lorong dari Nyaunggyat ke Yebock,[2] di rabung pada pergunungan Nwalabo dalam Hutan Simpan Panlaung.[3] Padah-Lin terdiri daripada dua buah gua; gua yang lebih kecil ialah suatu pelindung batuan sementara gua besar terdiri daripada sembilan lohong yang tersambung melalui laluan-laluan sempit beserta tiga buah bukaan yang menjadi laluan masuk cahaya.[4]

Lukisan-lukisan tangan manusia, ikan, kerbau, keldai dan lain-lain ditemui tampat di lindungan.[5] Walau bagaimanapun, seni-seni ini masih belum ditentukan usianya. Selain itu, dinding gua juga dihiasi ukiran-ukiran.[6]

Penggalian dari 1969 ke 1972 menemui tujuh batang arang dan tulang yang disahkan berusia antara 1,750 ke 13,000 tahun.[4] Aktiviti penggalian turut menemui lebih 1,600 artifak batu serta banyak tulang.[3] Artifak-artifak batu ini termasuk alatan memotong dan cincin.[4] Penggalian di gua besar oleh Ben Marwick pada 2016 menemui deposit berusia 65,000 tahun serta artifak serpihan batu berasal 25,000 tahun lalu.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tacon, Paul S. C.; Yee Yee Aung; Thorne, Alan (2004), "Myanmar prehistory: rare rock-markings revealed", Archaeology in Oceania, 39 (3): 138–139, doi:10.1002/j.1834-4453.2004.tb00570.x, hdl:10072/22203
  2. ^ Whitley, David S. (2001), Handbook of Rock Art Research, Rowman Altamira, m/s. 770, ISBN 978-0-7425-0256-7
  3. ^ a b Aung Thaw (1969), "The 'neolithic' culture of the Padah-Lin Caves" (PDF), Journal of Burma Research Society, 52 (1): 9–23, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-03-05, dicapai pada 2009-09-06
  4. ^ a b c Aung Thaw (1971), "The "Neolithic" Culture of the Padah-lin Caves", Asian Perspectives, 14: 123–133
  5. ^ Badah-lin and associated caves - UNESCO World Heritage Centre, Dicapai 2009-03-03.
  6. ^ Yee Yee Aung (2008), "New discoveries in the Badah-lin caves, Myanmar", 12th International Conference of the European Association of Southeast Asian Archaeologists, Leiden, The Netherlands, diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-01.
  7. ^ Schaarschmidt, Maria; Fu, Xiao; Li, Bo; Marwick, Ben; Khaing, Kyaw; Douka, Katerina; Roberts, Richard G. (2018). "pIRIR and IR-RF dating of archaeological deposits at Badahlin and Gu Myaung Caves – First luminescence ages for Myanmar". Quaternary Geochronology. 49: 262–270. doi:10.1016/j.quageo.2018.01.001. ISSN 1871-1014.