Guangzhou Metro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Guangzhou Metro
Guangzhou Metro logo.svg
Umum
PemilikBandar Guangzhou
LokasiGuangzhou
Foshan
Jenis transitTransit aliran deras
Jumlah laluan/aliran13
Jumlah stesen232[note 1]
Bil. penumpang harian7.36 juta (2017 Avg.)[1]
10.0257 juta (Kemuncak 31 Disember 2017)[2]
Bil. penumpang tahunan2.568 billion (2016)[3]
Laman sesawangwww.gzmtr.com
Operasi
Mula beroperasi28 Jun 1997
PengendaliGuangzhou Metro Corporation
Jumlah kenderaan383 gerabak (setakat 2016)[4]
Teknikal
Panjang sistem391.8 km (243.5 mi)[5]
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in)
Jejari kelengkungan minimum206 m (676 ka)[6]
Pengelektrikan
Refs[7][8][9][10] Overhead lines Third rail
1500 V DC  1   2   3   7 
 8   9   13 

 Guangfo 

 4   5   6   14 
650 V AC  APM 
Peta sistem
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Guangzhou Metro
Cina Ringkas: 广州地铁
Cina Tradisional: 廣州地鐵

Guangzhou Metro (Cina ringkas: 广州地铁Cina tradisional: 廣州地鐵Pinyin Mandarin: Guǎngzhōu DìtiěJyutping: Gwong²zau¹ Dei⁶tit³) merupakan sistem metro bagi bandar Guangzhou, Guangdong di China. Ia beroperasi di bawah syarikat milik negeri, Guangzhou Metro Corporation dan merupakan sistem metro keempat yang dibina di tanah besar China selepas Beijing, Tianjin dan Shanghai.

Usaha terawal membina sebuah sistem transit aliran deras di Guangzhou bermula sejak tahun 1960. Dalam masa dua dekad, projek ini telah dibawa ke dalam agenda sebanyak lima kali, namun terbengkalai setiap kali diangkat kerana masalah kewangan dan teknikal.[11][12] Persediaan pembinaan Guangzhou Metro pada hari ini tidak bermula sehinggalah tahun 1980-an, dan pembinaan aliran pertama, Aliran 1, secara rasminya bermula pada tahun 1993.[12][13] Line 1 opened four years later in 1997 with five stations in operation.[14]

Setakat Disember 2017 Guangzhou Metro mempunyai 13 buah aliran yang beroperasi iaitu Aliran 1, Aliran 2, Aliran 3, Aliran 4, Aliran 5, Aliran 6, Aliran 7, Aliran 8, Aliran 9, Aliran 13, Aliran 14, Aliran Guangfo, dan Zhujiang New Town APM yang menghubungkan kawasan bandar dan pinggir bandar. Aliran Guangfo menghubungkan Guangzhou dan Foshan serta merupakan aliran metro pertama di antara dua buah bandar dalam negara.[15] Waktu perkhidamatan harian bermula dari jam 6:00 pagi dan berakhir pada tengah malam dengan purata penumpang melebihi 7 juta.[16][1][17] Dengan 2.568 billion penumpang pada tahun 2016, Guangzhou Metro menjadi sistem metro keempat tersibuk di dunia selepas Beijing, Shanghai dan Seoul. Guangzhou Metro beroperasi untuk 231 buah stesen,[note 1] termasuk 28 buah stesen pertukaran serta 390.7 km aliran.

Pembinaan peluasan jaringan metro telah dirancang bagi tahun 2011-2020. Pembinaan bermula dengan Aliran 11, Aliran 18, Aliran 21 dan peluasan Aliran 8 dan Aliran Guangfo serta peluasan Aliran 7 ke Shunde, Foshan. Jumlah kapasiti operasi dijangka melebihi 600 km menjelang 2020.[18] Guangzhou Metro kini giat membina penghubung antara bandar-bandar berdekatan. Foshan telah dihubungkan menerusi Guangfo Metro dengan Aliran 7 dan Aliran 2 Foshan Metro sedang dalam pembinaan. Bandar Dongguan dicadangkan untuk dihubungkan melalui Aliran 13 Guangzhou Metro dengan Dongguan Metro.[19] Bandar Huizhou dicadangkan pada tahun 2016 bahawa Aliran 16 Guangzhou Metro diperluaskan ke Kounti Longmen, mencapai integrasi Huizhou dan Guangzhou. Pada Januari 2018, Datuk Bandar Huizhou, Mai Jiaomeng mendedahkan bahawa Huizhou sedang mengkaji dua perhubungan Guangzhou Metro dengan Aliran 16 menuju ke Bandar Yonghan, Kounti Longmen dan Aliran 21 diperluaskan ke Gunung Luofu di Kounti Boluo.[20][21]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Stesen pertukaran dikira sekali bagi setiap aliran pertukaran setiap konvensyen yang digunapakai oleh Guangzhou Metro. Stesen tidak beroperasi tidak termasuk.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "广州地铁上半年运客超13亿人次" [Guangzhou Metro First Half of 2017 Provided 1.3 billion rides.] (dalam bahasa Chinese). Sina. 2017. Dicapai 2017-07-08. 
  2. ^ "1002.57万!广州地铁客流首破千万" [1002.57万!广州地铁客流首破千万] (dalam bahasa Chinese). 广州地铁. 2018-01-02. Dicapai 2018-01-02. 
  3. ^ "7号线开通后3号线是缓解了还是更拥挤?" (dalam bahasa Chinese). Sina. 2017. Dicapai 2017-02-21. 
  4. ^ "广州地铁二〇一六年度年报" [Guangzhou Metro Annual Report 2016] (PDF) (dalam bahasa Chinese). Guangzhou Metro Corporation. 2016. Dicapai 2018-01-03. 
  5. ^ "12月28日,广州地铁四条新线同步开通!" (dalam bahasa Chinese). Guangzhou Metro Corporation. 27December 2017. Dicapai 2014-05-17.  Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ "广州地铁五号线月底开通" [Guangzhou Metro Line 5 to open at end of month] (dalam bahasa Chinese). Nanfang Daily. 14 December 2009. Dicapai 2014-01-21. 
  7. ^ Jin Shoujie; He Zhixin (2010). "广州市轨道交通接触网形式选择" [Selection of overhead catenary system for Guangzhou urban rail transit]. Urban Rapid Rail Transit (dalam bahasa Chinese). 23 (1). doi:10.3969/j.issn.1672-6073.2010.01.003. 
  8. ^ "城际轨道直通穗莞深惠 广佛地铁设九座换乘站" [Intercity railways to connect Guangzhou, Dongguan, Shenzhen, Huizhou; Guangfo Metro to have nine interchange stations] (dalam bahasa Chinese). Guangzhou Daily. 24 June 2008. Diarkibkan daripada asal pada 7 July 2011. Dicapai 29 October 2010. 
  9. ^ "六号线二期正式开建" [Construction of Phase 2 of Line 6 formally starts] (dalam bahasa Chinese). Information Times. 21 June 2011. Dicapai 2013-12-25. 
  10. ^ "Guangzhou Metro Line 7". Shared Encyclopedia. Dicapai 29 January 2017. 
  11. ^ Yu Dingyu 2006, §1–1.
  12. ^ a b Yu Dingyu 2006, §1–2.
  13. ^ Yu Dingyu 2006, §3–2.
  14. ^ "广州地铁发展历程" [Development of Guangzhou Metro] (dalam bahasa Chinese). NetEase. 29 September 2010. Dicapai 2010-10-08. 
  15. ^ "地铁广佛线开通成就广佛人的梦想" [Dreams of Guangzhou, Foshan residents come true as Guangfo Metro opens] (dalam bahasa Chinese). Yangcheng Evening News. 27 October 2010. Dicapai 2010-10-29. 
  16. ^ "广州地铁 全程为你--公司新闻". www.gzmtr.com. Dicapai 2017-04-27. 
  17. ^ "首尾班车时刻表" [Schedules of first and last trains] (dalam bahasa Chinese). Guangzhou Metro Corporation. Dicapai 2010-11-24. 
  18. ^ "广州市轨道交通线网2011-2015年建设方案公示" [Publicity of 2011–2015 construction plan of urban rail transit network of Guangzhou] (dalam bahasa Chinese). Urban Planning Bureau of Guangzhou. Diarkibkan daripada asal pada 7 July 2011. Dicapai 6 April 2010. 
  19. ^ 王召娣. "广州东部交通2018年全面爆发!_房产新闻库_南方网". house.southcn.com. Dicapai 2018-04-07. 
  20. ^ "构建立体化交通网络 加快融入粤港澳大湾区_新闻_电子报_惠州_惠州日报_东江时报_惠州报业传媒集团". e.hznews.com. Dicapai 2018-04-07. 
  21. ^ "罗浮山、龙门有望对接广州地铁-南方都市报·奥一网". epaper.oeeee.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2018-04-07. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 23°06′32″N 113°15′53″E / 23.1089°N 113.2647°E / 23.1089; 113.2647