Gugusan komputer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sebuah gugusan komputer (bahasa Inggeris: computer cluster) ialah satu set komputer yang bersambung secara longgar atau pun ketat yang bekerja sama supaya, dari pelbagai sudut, boleh dilihat sebagai satu sistem tunggal. Berbeza dengan pengkomputeran grid, setiap nod dalam gugusan komputer ditetapkan supaya melakukan tugas yang sama, dikawal dan dijadualkan menggunakan perisian.

Pengurus gugusan[sunting | sunting sumber]

Gugusan kerdil Cubieboard yang berkos rendah serta berkuasa rendah, menggunakan Apache Hadoop pada Lubuntu

Salah satu cabaran menggunakan gugusan komputer ialah kos untuk mentadbirkannya yang kadang-kala boleh setinggi kos mentadbir N mesin tak terikat, sekiranya gugusan yang terlibat mempunyai N nod.[1] Dalam sesetengah kes keadaan ini memberi kelebihan kepada seni-seni bina ingatan berkongsi dengan kos-kos pentadbiran yang lebih rendah.[1] Ini turut membuat mesin-mesin maya menjadi popular, atas sebab mudah untuk ditadbir.[1]

Penjadualan tugas[sunting | sunting sumber]

Apabila gugusan berbilang pengguna yang besar perlu mengakses data dalam jumlah yang sangat besar, penjadualan tugas menjadi sesuatu yang mencabar. Dalam gugusan CPU-GPU heterogen dengan persekitaran aplikasi yang rumit, prestasi setiap perkerjaan bergantung kepada ciri-ciri gugusan di bawahnya. Oleh itu, pemetaan tugas kepada teras CPU dan peranti GPU boleh menjadi satu cabaran yang ketara.[2] Ini adalah bidang yang masih diselidiki; algoritma-algoritma yang menggabungkan dan memperluas MapReduce dan Hadoop telah dicadang dan dikaji.[2]

Pengurusan kegagalan nod[sunting | sunting sumber]

Apabila ada nod yang gagal berfungsi, strategi seperti fencing (pemagaran) boleh dipakai supaya sistem terus beroperasi. Fencing ialah proses mengasingkan sesuatu nod atau melindungi sumber-sumber kongsian apabila terdapat nod yang tidak berfungsi dengan betul.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Patterson, David A.; Hennessy, John L. (2011). Computer Organization and Design (dalam bahasa Inggeris). m/s. 641–642. ISBN 0-12-374750-3. 
  2. ^ a b K. Shirahata (30 Nov – 3 Dec 2010). "Hybrid Map Task Scheduling for GPU-Based Heterogeneous Clusters". Cloud Computing Technology and Science (CloudCom). m/s. 733–740. doi:10.1109/CloudCom.2010.55. ISBN 978-1-4244-9405-7. http://ieeexplore.ieee.org/xpl/freeabs_all.jsp?arnumber=5708524.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]