HMS Scorpion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
HMS Scorpion G 72
HMS Scorpion G72
Sejarah
Panji RNUK
Nama: HMS Scorpion
Pembina: Cammell Laird, Birkenhead
Dibaringkan: 16 Jun 1941
Dilancarkan: 26 Ogos 1942
Ditauliah: 11 Mac 1943
Takdir: Dijual kepada Belanda, 1 Oktober 1945
Sejarah
Panji KNBelanda
Nama: HMNS Kortenaer
Takdir: Dijadikan besi sekerap, 1963

HMS Scorpion (G72) adalah sebuah kapal pembinasa British kelas “S” dan berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja British mulai 1942.

Kapal ini dibina oleh Cammell Laird Shipyard (Birkenhead, U.K.), dan kerja pembinaan bermula pada 16 Jun, 1941 dan dilancarkan pada 26 Ogos 1942. Kapal HMS Scorpion ditauliahkan pada 11 Mar, 1943. HMS Scorpion dipindahkan khidmat kepada Tentera Laut Diraja Belanda pada 1 Oktober 1945 dan dinamakan HMNS Kortenaer. Kapal ini dijadikan besi sekerap dalam tahun 1963.

HMS Scorpion (D64) (ex-HMS Tomahawk) pula adalah kapal pembinasa dari kelas Weapon yang dibina untuk menggantikan HMS Scorpion (G72) yang dipindahkan khidmat kepada Tentera Laut Diraja Belanda.