Haikal Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambaran artis (oleh Christiaan van Adrichem (1584))

Haikal Sulaiman (Inggeris: Solomon's Temple, Ibrani: בית המקדש, transliterasi Beit HaMikdash), juga dikenali sebagai Rumah Agama Pertama, mengikut Kitab Bible, merupakan kuil pertama Yahudi di Jerusalem. Ia merupakan pusat tumpuan keagamaan untuk penyembahan dan pengorbanan yang dikenali sebagai korbanot dalam agama Yahudi purba. Rumah agama ini dibina pada abad ke-10 SM, tetapi kemudian dimusnahkan oleh orang Babylonia pada 586 SM. Ia dibina semula sebagai Rumah Agama Kedua dari 516 SM hingga 70 M, apabila ia dimusnahkan oleh orang Rom.

Lokasi rumah agama ini ialah di Temple Mount, dan dinamakan sedemikian kerana dibina oleh Nabi Sulaiman a.s.