Tabut Perjanjian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tabut Perjanjian (Bahasa Ibrani: אָרוֹן הָבְרִית Ārōn Hāb’rīt [sebutan moden Aron Habrit]; Bahasa Arab: تابوت العهدTābūt Al-ʿahd) merupakan bekas yang digambarkan dalam Al-Kitab berisi Loh-loh Batu di mana tertulis Sepuluh Perintah Tuhan, Tongkat Harun, dan manna. Menurut Pentateukh, Tabut ini dibuat atas perintah Tuhan, selaras dengan wawasan kenabian Musa di Gunung Sinai (25). Tuhan dikatakan berhubung dengan Musa "dari di antara dua kerubim" di penutup Tabut (25). Tabut dan benda-benda sucinya dianggap "keagungan Israel" (2). Rashi dan beberapa Midrashim menyatakan bahawa terdapat dua tabut - satu dibuat oleh Musa sendiri untuk sementara waktu dan satu yang lebih kemudian dibuat oleh Bezalel.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Hertz 1936