Hak undang-undang pengambilan tanah secara paksa untuk projek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bangunan dirobohkan

Hak undang-undang pengambilan tanah secara paksa untuk projek terkandung dalam Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) yang digubal oleh Parlimen melalui Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Parlimen boleh membuat undang-undang dalam apa-apa perkara dalam Senarai Negeri bagi menyelaraskan undang-undang dua buah negeri atau lebih.[1]

Tujuan utama[sunting | sunting sumber]

Pampasan

Akta Pengambilan Tanah ini diwujudkan adalah untuk menyatukan undang-undang yang berkaitan dengan penilaian, pengambilan tanah, dan pennaksiran pampasan yang mesti dikira terhadap sesuatu pengambilan tanah dan perkara-perkara lain secara kebetulan berbangkit. Kerajaan terpaksa mengambil balik tanah milik kerana tanah kerajaan adalah terhad dan mungkin tidak sesuai dari segi saiz atau lokasi yang diperlukan untuk projek pembangunan atau infrastruktur. Proses pengambilan tanah juga dapat menyelesaikan masalah pindah milik dan halangan-halangan perundangan yang mengambil masa yang lama dan sekiranya tanah itu diperolehi melalui proses pembelian terus. Melalui pengambilan ini, walaupun tuan tanah tidak bersetuju menjualnya dan tawar menawar mengenai harga tidak diperlukan, tanah itu masih boleh diambil.[1]

Akta Pengambilan Tanah 1960 (AKTA 486)[sunting | sunting sumber]

APT 1960 telah digubal di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak dan perlindungan kepada harta tanah. Pengambilan tanah di bawah APT 1960 adalah merupakan suatu proses di mana tanah yang telah diduduki oleh individu atau badan hendaklah diwajibkan diberi balik kepada Kerajaan Negeri dan pengambilan tersebut juga tertakluk kepada pampasan yang mencukupi. Secara khususnya, seksyen 3 APT 1960 menyebut bahawa PBN adalah pihak yang mempunyai kuasa atau hak dalam mengambil mana-mana tanah yang diperlukan untuk maksud awam dan kemajuan ekonomi negara. Mengikut kandungan yang tersirat dalam peruntukan seksyen 29(1) APT 1960, tanah yang boleh diambil adalah salah satu daripada yang berikut;

  1. tanah milik seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Tanah Negara 1965
  2. tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hak milik seperti A.A atauSurat Akuan atau melalui catatan dalam daftar pegangan di bawah Akta Tanah(Kawasan-Kawasan Berkelompok) 1960
  3. tanah yang diduduki mengikut hak di sisi adat seperti tanah yang diduduki oleh orang Asli turun temurun (tidak termasuk kawasan rayau). Tanah yang dipegang di bawah perakuan lombong atau pajakan lombong dan tanah dimiliki oleh kerajaan Persekutuan tidak boleh diambil mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 ini.

Tanah yang dipegang di bawah perakuan lombong atau pajakan lombong dan tanahmilik kerajaan Persekutuan tidak boleh diambil (ultra vires) mengikut Akta PengambilanTanah 1960 ini.

Isu berkaitan[sunting | sunting sumber]

Pada November 2017, cadangan pelaksanaan Lebuhraya Bertingkat Penyuraian Petaling Jaya (PJD Link) telah mendapat persetujuan Kabinet secara prinsip. kerajaan negeri Selangor juga telah memberi kelulusan kepada cadangan itu semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 3 September 2020. Beberapa penduduk mengadakan bantahan terhadap cadangan PJD Link di Seksyen 14, Petaling Jaya. Beberapa penduduk juga takut rumah mereka dirobohkan dan kawasan rumah mereka mengalami kerosakan. Ketua Pegawai Eksekutif PJD Link Sdn Bhd Amrish Hari Narayanan berkata sebarang pengambilan tanah persendirian dan pampasan akan dijalankan dengan tegas mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960. Akta tersebut menetapkan semua prosedur yang perlu diikuti dalam pengambilan tanah di Malaysia, pentaksiran pampasan dan apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan pengambilan tanah.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Zalina Zakaria. "PENGAMBILAN TANAH SECARA PAKSA DI BAWAHAKTA PENGAMBILAN TANAH 1960: GANGGUANKEPADA PERKARA 13 PERLEMBAGAANPERSEKUTUAN?". UM Journal. Dicapai pada 17 June 2023.
  2. ^ Kenneth Tee (05 Jul 2022). "Proposed PJD Link still subject to impact assessments despite 2017 Cabinet nod, Works Ministry says after residents protest". malaymail. Dicapai pada 17 June 2023. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ SHEILA SRI PRIYA (15 Jun 2023). "Residents fear losing homes to highway". TheStar. Dicapai pada 17 June 2023.