Halusinogen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dadah Halusinogen ialah bahan yang dihasilkan dalam badan manusia untuk mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran neurotoksin ensefalus.

Dalam takrifan asas, tiada perubahan kuantitatif dalam aktiviti atau kecergasan seseorang yang mengambil dadah halusinogen. Bagaimanapun dadah halusinogen mungkin memberi kesan sampingan selain khayal (hanya beberapa jenis dadah mempunyai kesan tunggal pada badan manusia). Seperti kebanyakan dadah, sifat kimia dan jumlah dos menentukan sama ada dadah halusinogen tersebut bersifat mengubat ( medicinal ), narkotik, atau beracun. Kebanyakan dadah seperti ini turut dikenali sebagai psikedelik ("psychedelics") atau ("entheogens").

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Pelbagai nama diberikan kepada dadah halusinogen. Antaranya ialah Phantastica, perkataan Inggeris yang diberikan oleh Loius Lewin pada 1928 dalam monograf beliau yang turut bertajuk Phantastica. Istilah ini sebenarnya ditujukan kepada tumbuhan yang menyebabkan pengujaan serebrum ( cerebral excitation ) dalam bentuk halusinasi, ilusi, dan penglihatan yang diikuti dengan pitam atau simptom kefungsian serebrum terubah ( altered cerebral functioning ) yang lain. Walaubagaimanapun, Lewis tidak berpuas hati dengan penggunaan Phantastica kerana perkataan tersebut tidak menerangkan sepenuhnya maksud yang ingin disampaikan oleh beliau.


Penemuan D-Lysergic Acid Diethylamide atau akronimnya LSD dan kaedah eksperimentasi saintifik mengenainya telah membantu pembentukan istilah istilah baru seperti halusinogen, psikedelik, psikotomimetik, psikolitik, schizophrenogenic, cataleptogenic, mysticomimetic, dan psychodysleptic.


  * halusinogen      Penghasilan delusi atau anggapan salah
  * psikedelik       Mind manifasting dan menekankan potensi introspektif mengenai dadah
  * psikotomimetik   Psikosis mimikan ( mimicking psychosis ) dalam penulisan saintifik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dadah halusinogen adalah antara dadah tertua yang pernah digunakan oleh manusia. Dadah ini terhasil secara semulajadi dalam cendawan, kaktus, dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Etika pengunaan dadah halusinogen bergantung kepada masyarakat dan budaya setempat. Dadah halusinogen diharamkan di kebanyakan negara tetapi sesetengah negara atau masyarakat membenarkan pengambilan dadah halusinogen untuk tujuan tertentu. Misalnya di Amerika Syarikat, pengunaan kaktus peyot (sejenis kaktus yang mempunyai kandungan alkaloid fenetilamina yang tinggi) dibenarkan untuk hal hal keagamaan bagi kaum asli Amerika ( Native American )

Aktiviti keagamaan dan perubatan tradisional (bomoh)[sunting | sunting sumber]

Dalam sejarah peradaban manusia, halusinogen digunakan dalam aktiviti keagamaan atau perubatan tradisional (bomoh). Buktinya, penggunaan dadah halusinogen atau turut digelar enteogen, dijumpai dalam banyak tamadun purba seperti Mesir, Yunani, Mycenaean, Maya, Inka, Veda dan Aztek. Kemunculan Ugama Kristian, dan Pasitan Katolik ( Inquisition ) telah menyebabkan pengguna dadah enteogen dituduh menyeleweng daripada Kristian dan mempunyai hubungan dengan Syaitan. Namun, beberapa budaya terselamat dan bebas menggunakan dadah enteogen sehingga hari ini.