Hana Yori Dango

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hana Yori Dango 花より男子 (dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Boys Over Flowers) merupakan sebuah drama televisen Jepun yang ditayang di stesen televisyen TBS dari 21 Oktober 2005 hingga 16 Disember 2005.Drama ini diadaptasi dari sebuah drama dari Taiwan, Meteor Garden.

Drama ini pernah dijadikan sebagai manga yang ditulis oleh Yoko Kamio dan pernah ditayangkan di TV Asahi dari 8 September 199631 Ogos 1997 sebanyak 51 episod.


Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Seorang pelajar (lakonan Kazuma Sano) menerima kertas merah yang menjadi tanda cabaran dari F4

Drama romantik ini mengisahkan seorang budak perempuan bernama Makino Tsukushi yang memasuki Eitoku Gakuen (Sekolah Tinggi Eitoku) yang merupakan sekolah elit untuk golongan berada walaupun keluarganya merupakan orang miskin.

Di sekolah itu terdapat satu kumpulan yang amat ditakuti dan dihormati oleh semua pelajar yang dibri nama F4 atau Flower 4.Jika terdapat sesiapa yang tidak disukai oleh keempat-empat ahlinya maka F4 akan meletakkan kertas merah bertulis F4 ke dalam lokar pelajar tersebut sebagai tanda cabaran.

Pada suatu hari Makino Tsukushi telah mendapat kertas merah tersebut lalu setiap pelajar di sekolah tersebut telah membulinya.Maka sejak hari itu, pelbagai peristiwa telah berlaku di sekolah tersebut kerana Makino Tsukushi telah mencabar balik F4, terutamanya Domyoji Tsukasa, ketua F4.

Namun, akhirnya peristiwa-peristiwa yang berlaku telah menyebabkan mereka berdua telah dilamun cinta bersama.

Jalan cerita tamat di sini.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Kumpulan F4 versi Jepun;dari kiri Sojiro, Rui, Doumoji, dan Akira
Inoue Mao berlakon sebagai Tsukushi
  • Inoue Mao sebagai Makino Tsukushi
  • Matsumoto Jun sebagai Doumyoji Tsukasa - ketua kumpulan F4
  • Oguri Shun sebagai Hanazawa Rui - ahli kumpulan F4
  • Matsuda Shota sebagai Nishikado Sojiro - ahli kumpulan F4
  • Abe Tsuyoshi sebagai Mimasaka Akira - ahli kumpulan F4
  • Sato Megumi sebagai Sanjou Sakurako
  • Nishihara Aki sebagai Matsuoka Yuuki
  • Seto Saki sebagai Asai Yuriko
  • Fukada Aki sebagai Ayuhara Erika
  • Matsuoka Emiko sebagai Yamano Minako
  • Sada Mayumi sebagai Toudou Shizuka
  • Kato Takako sebagai Sengoku Sachiyo
  • Kobayashi Susumu sebagai Makino Haruo
  • Tomiura Satoshi sebagai Makino Susumu
  • Ishino Mako sebagai Makino Chieko
  • Kaga Mariko sebagai Domyoji Kaede
  • Matsushima Nanako sebagai Domyoji Tsubaki
  • Oshinari Shugo sebagai Nakatsuka
  • Sakai Ayana sebagai Kurimaki Ayano

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Drama Berkaitan: Hana Yori Dango 2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]