Hans Tyderle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hans Tydrle: Potret diri.

Hans Tyderle (15 Disember 1926) ialah seorang pengilustrasi dan pelukis Jerman yang telah bekerja selama berdekad-dekad dalam seni lukisan enkaustik, teknik lama yang menggunakan lilin pewarna.

Dilahirkan di Svitavy, Republik Czech dengan nama Johannes Tyderle, hasil kerjanya juga dikaitkan dengan kedua-dua gerakan Ekspresionis dan Abstrak. Tema lukisannya merangkumi seni lukis potret, alam benda, seni agama, gambar bogel, erotisisme, dan seni lukisan bentuk darat. Beliau menandatangani lukisannya dengan nama samaran “Ha Ty”.