Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia
Nama InggerisInternational Day of the World's Indigenous People
Tarikh9 Ogos (setiap tahun)
LokasiSejagat
TemaBahasa orang asli

Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia disambut pada 9 Ogos setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran dan melindungi hak penduduk orang asli dunia. Acara ini juga mengiktiraf pencapaian dan sumbangan yang orang asli buat untuk membaiki isu dunia seperti perlindungan alam sekitar. Ia kali pertama diumumkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Disember 1994, menandakan hari mesyuarat pertama Kumpulan Kerja bagi Populasi Orang Asal PBB Subsuruhanjaya bagi Penggalakan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia pada tahun 1982.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia kali pertama diumumkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Disember 1994, disambut setiap tahun semasa Dekad Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang pertama (1995–2004). Pada tahun 2004, Perhimpunan mengisytiharkan Dekad Antarabangsa Kedua, dari tahun 2005–2015, bertemakan "Sedekad untuk Tindakan dan Maruah".[1] Orang dari berbeza negara digalakkan menyertai menyambut hari tersebut untuk menyebarkan pesanan PBB bagi orang asal. Aktiviti boleh termasuk forum pendidikan dan aktiviti bilik kelas untuk mendapat penghargaan dan pemahaman yang lebih baik tentang orang asal.[2]

Mengikut ketetapan 49/214 dari 23 Disember 1994, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkeputusan bahawa Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia patut disambut pada 9 Ogos setiap tahun semasa Dekad Antarabangsa Orang Asal Sedunia. Tarikh tersebut menandakan hari mesyuarat pertama, pada tahun 1982, dari Kumpulan Kerja PBB bagi Populasi Orang Asal Subsuruhanjaya bagi Penggalakan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""Indigenous designs: celebrating stories and cultures, crafting their own future"". Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dicapai pada 9 August 2011.
  2. ^ "International Day of the World's Indigenous Peoples". timeanddate.com. Time and Date AS. Dicapai pada 9 August 2011.
  3. ^ "Background – International Day of the World's Indigenous People". United Nations. Dicapai pada 9 August 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Indigenous rights footer