Hari Malvinas
Hari Malvinas | |
---|---|
Date | 2 April |
Next time | 2 April 2025 |
Hari Malvinas atau secara rasminya Hari Veteran dan Mereka yang Gugur dalam Perang Malvinas[a] adalah suatu cuti umum yang disambut pada 2 April setiap tahun di Argentina.[1] Nama cuti ini merujuk kepada nama bahasa Sepanyol Kepulauan Falkland iaitu Islas Malvinas (Kepulauan Malvinas).
Cuti tersebut diperkenalkan buat pertama kalinya pada 22 November 2000 dan disytiharkan secara rasmi sejak 15 Disember tahun yang sama. Sejak 30 Jun 2006, Hari Malvinas merupakan hari kelepasan kebangsaan tidak boleh alih, jadi ia tidak boleh dialihkan ke hari Isnin sebelumnya atau berikutnya untuk mengisi hujung minggu yang panjang.[2][3]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Cuti tersebut diraikan bagi memberi penghormatan kepada tentera Argentina yang terbunuh dalam Perang Falkland, di mana peristiwa tersebut bermula setelah Argentina menawan Kepulauan Falkland di Lautan Atlantik pada 2 April 1982.[2] Sejumlah 649 warga Argentina yang terdiri daripada 633 anggota tentera dan 16 orang awam meninggal dunia semasa pendudukan selama 74 hari itu.[4]
Sejak tahun 1983, cuti pada 2 April wujud dengan nama "Hari Kepulauan Malvinas, Sandwich dan Atlantik Selatan", yang ditubuhkan oleh Undang-undang 22,769 dan boleh dialih ke hari perniagaan seterusnya jika ia jatuh pada perayaan keagamaan.[5] Sambutan hari tersebut kemudiannya diubah pada 10 Jun berdasarkan Dekri 901/84.4.[6]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Namanya di dalam bahasa Sepanyol ialah Día de las Malvinas atau nana rasminya Día del Veterano y de los Caídos en la Guerra de las Malvinas.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "National Holiday in Argentina" (dalam bahasa Inggeris). officeholidays.com. Dicapai pada 22 Mei 2012.
- ^ a b "Ley 25.370". InfoLEG (dalam bahasa Sepanyol). Kementerian Keadilan dan Hak Asasi Manusia. Diarkibkan daripada yang asal (HTM) pada 1 April 2019. Dicapai pada 1 April 2019.
- ^ "Ley 26.110". InfoLEG (dalam bahasa Sepanyol). Kementerian Keadilan dan Hak Asasi Manusia. Diarkibkan daripada yang asal (HTM) pada 1 April 2019. Dicapai pada 1 April 2019.
- ^ "Ley nacional 24.950/98 - Declaración de "Héroes nacionales" a los combatientes argentinos fallecidos en la guerra de las Malvinas" (dalam bahasa Sepanyol). Gvgva.ar.tripod.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2007. Dicapai pada 7 Februari 2010.
- ^ "LEY N° 22.769". InfoLEG. Kementerian Keadilan dan Hak Asasi Manusia. Diarkibkan daripada yang asal (HTM) pada 1 April 2023. Dicapai pada 1 April 2019.
- ^ "Ley nacional 22.769/83 & Decreto nacional 901/84". Stesen Tentera Laut Malvinas di Internet (dalam bahasa Sepanyol). 28 Mac 1983. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2015. Dicapai pada 2 April 2023.