Hari Sukan dan Kesihatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hari Sukan dan Kesihatan
هاري سوكن دان كصيحتن
Nama rasmi体育の日 Taiiku no hi
Juga dipanggilHari Sukan atau Hari Sukan-Kesihatan
Diamalkan padaOrang Jepun
JenisKebangsaan
KepentinganMemperingati upacara pembukaan Sukan Olimpik di Tokyo.
TarikhHari Isnin minggu kedua bulan Oktober

Hari Sukan dan Kesihatan (体育の日, Taiiku no hi, هاري سوكن دان كصيحتن) adalah hari cuti kebangsaan di Jepun yang diadakan pada hari Isnin minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Mengikut Undang-undang Perayaan Jepun (Shukujitsu-hō), hari tersebut diraikan bagi "memupuk rasa cinta terhadap sukan serta membentuk jiwa dan raga yang sihat".

Pada mulanya, hari cuti ini ditetapkan pada 10 Oktober bagi memperingati upacara sambutan pembukaan Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 1964. Walau bagaimanapun, tarikh tersebut telah diubah berdasarkan Sistem Happy Monday yang memindahkan sebahagian hari cuti kepada hari Isnin supaya hari cuti hujung minggu menjadi lebih panjang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]