Hartanah
Harta tanah atau hartanah (Jawi: هرتا تانه/ هرتانه; bahasa Inggeris: real estate) ialah sebuah istilah undang-undang yang merujuk tanah bersama dengan apa pun yang tinggal tetap di atas tanah tersebut, seperti bangunan, beserta sumber aslinya. Hartanah sering dianggap sinonim dengan real property, berbeza dengan harta alih. Namun, dalam penggunaan tekniknya, beberapa orang tetap memilih pembezaan antara harta tanah, menunjuk ke tanah dan benda di atasnya, dengan real property, menunjuk ke hak pemilikan atas harta tanah. Istilah hartanah dan real property utamanya digunakan dalam common law, sedangkan mahkamah undang-undang sivil menunjuk ke hak milik tak alih.
Menurut terminologi undang-undang pada beberapa kehakiman adalah merupakan suatu barang tidak bergerak yang mencakup tanah beserta segala suatu yang berada diatasnya misalnya bangunan, tanaman dan lain-lain.
Properti dalam bahasa asing seringkali disebut juga real property yang kadang-kadang disebut juga realty Dalam undang-undang, istilah real diertikan sebagai sesuatu benda (latin:res/rei) yang membezakannya dari "manusia" . Jadi undang-undang membezakan antara real properti ( tanah beserta segala suatu yang terdapat diatasnya) dan properti individu ( misalnya baju, perabotan,uang).
Jenis Jenis Hartanah
[sunting | sunting sumber]Hartanah terbahagi kepada beberapa jenis utama, iaitu:
- Hartanah Kediaman – Merangkumi rumah teres, rumah berkembar, apartmen, kondominium, banglo, dan sebagainya. Ia digunakan untuk tujuan kediaman oleh individu atau keluarga.
- Hartanah Komersial – Melibatkan bangunan atau ruang yang digunakan untuk tujuan perniagaan, seperti pejabat, kedai, kompleks membeli-belah, hotel, dan restoran.
- Hartanah Perindustrian – Digunakan untuk aktiviti pengeluaran dan penyimpanan seperti kilang, gudang, dan tapak industri.
- Hartanah Pertanian – Tanah yang digunakan bagi kegiatan pertanian termasuk penanaman tanaman, penternakan, dan perikanan.
- Tanah Kosong – Tanah yang belum dibangunkan dan tidak digunakan untuk sebarang tujuan tertentu, tetapi berpotensi untuk pembangunan pada masa hadapan.
Pemilikan dan Pemindahan Hartanah
[sunting | sunting sumber]Pemilikan hartanah lazimnya dibuktikan melalui dokumen rasmi seperti geran atau hak milik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tanah. Proses pemindahan hartanah melibatkan beberapa langkah undang-undang termasuk urusan perjanjian jual beli, semakan hak milik, pembayaran duti setem, dan pendaftaran pindah milik di pejabat tanah.
Kepentingan Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Hartanah merupakan komponen penting dalam ekonomi sesebuah negara. Ia bukan sahaja menyediakan tempat tinggal dan ruang perniagaan, malah memainkan peranan dalam pelaburan dan pembangunan ekonomi. Industri hartanah berkait rapat dengan sektor pembinaan, kewangan, dan kerajaan tempatan.
Peraturan dan Kawal Selia
[sunting | sunting sumber]Setiap negara atau wilayah mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri dalam mengawal pemilikan dan pembangunan hartanah. Di Malaysia, Akta Kanun Tanah Negara 1965 adalah asas utama yang mengawal selia urusan berkaitan tanah. Di samping itu, pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa dalam merancang dan mengawal guna tanah serta pembangunan fizikal.