Hasil pereputan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rantaian reputan daripada plumbum-212 ke plumbum-208, menunjukkan hasil reputan terdekat.

Dalam fizik nuklear, hasil pereputan ialah nuklid yang tinggal daripada pereputan nuklear. Pereputan nuklear biasanya berlaku dalam satu rantaian pereputan. Misalnya, U-238 mereput kepada Th-234 yang kemudian mereput kepada Pa-234 yang kemudiannya mereput dan mereput sehingga membentuk Pb-206, satu isotop stabil:

Gagal menghurai (ralat sintaks): {\displaystyle \mbox{U-238} \rightarrow \overbrace{ \underbrace{\mbox{Th-234}}_{\mbox{"anak" U-238}} \rightarrow \underbrace{\mbox{Pa-234m}}_{\mbox{"cucu" U-238}} \rightarrow \ldots \rightarrow \mbox{Pb-206} }^{\begin{array}{c} \mbox{hasil reputan U-238} \end{array}} }

Dalam contoh ini:

  • Th-234, Pa-234m, ..., Pb-206 ialah hasil pereputan U-238.
  • Th-234 ialah "anak" kepada nuklid "ibu"nya U-238.
  • Pa-234m (234 metastabil) ialah "cucu" kepada U-238.

Hasil pereputan penting bagi memahami pereputan radioaktif dan pengurusan sisa radioaktif.

Bagi unsur-unsur dengan nombor atom yang lebih tinggi daripada plumbum, rantaian pereputan unsur-unsur ini biasanya berakhir dengan satu isotop plumbum.

Dalam banyak keadaan, ahli rantaian pereputan adalah lebih radioaktif daripada nuklid asal. Oleh itu, meskipun uranium tidak berbahaya dalam keadaan asalnya, sesetengah sampel pitchblende semula jadi adalah berbahaya kerana kandungan radiumnya. Serupa juga, mantel gas torium sangat rendah keradioaktifannya ketika masih baru, tetapi menjadi lebih radioaktif hanya selepas beberapa bulan penyimpanan.

Meskipun masa yang tepat bila satu atom akan mereput tidak dapat ditentukan, hasil pereputan bahan radioaktif sangat mudah diramal. Oleh sebab ini, hasil reputan penting bagi saintis-saintis dari pelbagai bidang yang perlu tahu kuantiti atau jenis produk ibu. Kajian seperti ini dilakukan untuk mengukur tahap pencemaran (di dalam dan di sekeliling fasiliti nuklear) dan bagi beberapa kegunaan lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]