Hatsumei Boy Kanipan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hatsumei Boy Kanipan (発明 (はつめい)BOY (ボーイ)カニパン, "Kanipan Si Budak Pencipta") ialah tajuk yang diberi kepada sebuah siri anime sains fiksyen dari Jepun. Siri ini pernah disiarkan di rangkaian TV Tokyo di Jepun (1998—1999), dan di TV3 di Malaysia sekitar awal 2000-an. Hatsumei Boy Kanipan turut disusuli sebuah siri sekuel bertajuk Cho Hatsumei Boy Kanipan.

Plot[sunting | sunting sumber]

Siri anime ini berlatarkan masyarakat di sebuah planet buatan Manusia bernama Sharaku di mana manusia hidup berharmoni dengan robot, dan penting sekali, mengisahkan pegembaraan seorang pencipta berusia 10 tahun bernama Kanipan yang, dengan bantuan robotnya Kid, bercita-cita hendak meraih "lesen Taishi" (yang dinamakan sedemikian bersempena pengasas planet Sharaku) lalu menjadi pencipta terhandal, namun terpaksa mengharungi kegagalan demi kegagalan demi kejayaan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]