Hedwig (Harry Potter)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Harry Potter
Hedwig
Jantina Betina
Spesis Burung hantu salji
Pemilik Harry Potter
Kemunculan pertama Harry Potter and the Philosopher's Stone

Hedwig merupakan nama burung hantu Harry Potter dalam siri rekaan iaitu Harry Potter dalam kedua-dua buku dan filem. Dalam filem, Hedwig, walaupun betina, ditampilkan oleh Burung Hantu Salji jantan (Bubo scandiacus) kerana jantan lebih putih bulunya. [1]

Hedwig merupakan hadiah Hagrid kepada Harry dalam buku pertama, dibeli dari Diagon Alley ketika membeli baranagn untuk tahun pertama Harry di Hogwarts. Nama Hedwig merupakan nama yang Harry temui dalam buku sekolahnya "Sejarah Sihir".

Dalam siri, burung hantu digunakan oleh ahli sihir sebagai penghantar bungkusan dan pesanan, yang membuatkan burung hantu lebih berguna berbanding binatang peliharaan lain yang dibenarkan untuk pelajar bawa (tikus, kodok dan kucing), maka Hedwig berguna untuk penghantaran pesanan sepanjang siri. Menyimpan Hedwig di rumah ketika cuti musim panas menyebabkan konflik antara Harry dan pakcik serta makcik penjaganya.

Hedwig dapat dianggap sebagai burung hantu yang mempunyai keperibadian, memandang rendah Pigwidgeon, burung hantu milik Ron yang hiperaktif dan burung tropika yang berwarna-warni yang dikirim Sirius Black. Ia juga sering menatap/berteriak "penuh geram", menampar Harry dengan sayapnya jika membuatnya jengkel (sering berlaku sejak Harry selalu berang), dan kelihatan lebih nyaring berbanding kebanyakan burung hantu salji. Dalam hubungannya dengan Harry, Hedwig menunjukkan kasih sayangnya terhadap Harry, walaupun ia hanya seekor haiwan; kerana burung hantu dalam siri ini menunjukkan kekuatan ajaibnya tersendiri dan Hedwig sering kelihatan memberikan Harry dorongan dan panduan. Walaupun Hedwig juga dapat (dan sering) sakit hati atau marah akibat perlakuan Harry yang selalu melakukan atau berkata tanpa berfikir dulu (misalnya ketika Harry menolak Hedwig untuk mengirimkan surat kpada Sirius Black, dan Harry lalai menjelaskan alasannya kepada Hedwig), Hedwig kelihatan dapat memahami Harry dengan sepenuhnya dan demikian sebaliknya.

Dalam buku kelima, Hedwig telah tercedera ketika membawa pesanan antara Harry dan Sirius Black. Tidak dinyatakan dengan jelas penyebab serangan tersebut, tetapi Dolores Umbridge disyaki kemudiannya apabila dia mula memeriksa surat yang keluar masuk.

Dalam Harry Potter and the Deathly Hallows, Hedwig mati ketika pertarungan di udara dengan Death Eater, ketika Harry dibawa berpindah oleh Kumpulan Phoenix ke tempat selamat. Harry bersedih walaupun telah ditenangkan oleh Hagrid. Tubuhnya tidak lagi kelihatan bersama sangkar dan Firebolt, dan berkemungkinan ketiga-tiganya turut musnah bersama tempat bonceng motosikal Sirius.

Trivia[sunting | sunting sumber]

References[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]