Heinkel He 162

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Heinkel He 162
Gambaran
Peranan Pejuang
Kaki tangan One, pilot
Penerbangan pertama 6 December 1944
Pengilang Heinkel
Dimensions
Panjang 9.05 m 29 ft 8 in
Lebar sayap 7.2 m 23 ft 7 in
Tinggi 2.6 m 8 ft 6 in
Luas sayap 14.5 m² 156 ft²
Berat
Kosong 1,660 kg 3,660 lb
Berisi
Maksima berlepas 2,800 kg 6,180 lb
Powerplant
Enjin 1x BMW 003E-1 or E-2 turbojet
Tujahan 800 kgf (7.85 kN 1,760 lbf
Performance
Laju maksima 900 km/h 562 bsj
Jarak maksima 975 km 606 miles
Tinggi perkhidmatan 12,000 m 39,400 ft
Kadar mendaki 1405 m/min 4615 ft/min
Armament
Meriam 2x 20 mm MG 151, 120 rounds each

Heinkel He 162 Volksjäger ("Pejuang Pengguna - People's Fighter") adalah kapal terbang pejuang enjin jet kedua yang diperkenalkan oleh Luftwaffe semasa Perang Dunia II. Ia merupakan saingan kepada Messerschmitt Me 262 dan merupakan jet terpantas bagi jenerasi jet pertama pihak Bersekutu dan Berikat. Volksjäger merupakan nama rasmi RLM bagi He 162. Nama lain yang diberikan kepada kapal terbang itu termasuk Salamander, iaitu nama kod bagi program pembinaannya, dan Spatz ("Layang-layang") yang merupakan nama bagi kapal terbang ini yang diberikan oleh Heinkel.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Apabila Pasukan Udara ke 8 Amerika Syarikat memulakan kembali kempen pengeboman Jerman pada awal 1944, dengan serangan Minggu Besar - (Big Week), kapal terbang pengebom kembali keudara bersama pengiring P-51 Mustang. Ini menukar keadaan perperangan udara keseluruhannya; dahulunya unit pejuang Jerman boleh berkumpul untuk menyerang kapal terbang pengebom tanpa dicabar, tetapi kini mereka menghabiskan banyak masa mengelak peronda Amerika Syarikat daripada menyerang kapal terbang pengebom. Perubahan yang dilakukan sepanjang tahun lepas bagi meningkatkan lagi keupayaan pejuang memusnahkan pesawat pengebom dengan meriam amat berat turut mempunyai kesan sampingan menjadikan ia sebagai perangkap maut apabila pesawat Mustang yang lebih ringan dapat mengatasi kapal terbang Jerman yang lebih berat dengan mudah.

Amerika Syarikat kini mempunyai kelebihan teknologi dan jumlah perkakasan perang, dan pada penghujung bulan April tulang belakang pasukan pejuang Luftwaffe telah dipatahkan. Dengan hanya sedikit kapal terbang yang terbang untuk berjuang, pejuang Amerika Syarikat bebas menyerang lapangan terbang Jerman, landasan, dan laluan lori. masalah logistik kini menjadi teruk, dengan itu mengekalkan kapal terbang dalam keadaan bersedia untuk berjuang hampir menjadi mustahil.

Bagaimana mengatasi masalah besar ini bagi Luftwaffe. Dua pendapat muncul dengan cepat, keduanya menekankan pengenalan sejumlah besar kapal terbang jet.

Kumpulan pertama, yang dipimpin oleh General der Jäger Adolf Galland, mengemukakan bahawa sejumlah besar musuh perlu ditangkis dengan teknologi lebih baik, dan menuntut usaha sepenuhnya diberikan kepada meningkatkan pengeluaran Messerschmitt Me 262, walaupun ia bererti mengurangkan penghasilan kapal terbang jenis lain buat masa itu.

Satu pendapat lain pula mengatakan bahawa ia tdak mungkin menyelesaikan masalah itu; kerana Me 262 terkenal tidak dapat diharap, dan masalah logistik kini bererti lebih banyak kapal terbang terbiar di landasan menunggu bahagian yang tidak akan tiba. Dengan itu mereka mencadangkan reka bentuk baru dibina, sesuatu yang cukup murah sehinggakan sekiranya ia rosak ia boleh dibuang begitu sahaja. Konsep ini diperlekehkan oleh kebanyakan juruterbang pejuang, tetapi mendapat sokongan politik yang kuat.


Variasi[sunting | sunting sumber]

  • A-0 - gelaran sepuluh kapal terbang pra-penghasilan pertama.
  • A-1 - dilengkapi dengan senjata 2 meriam × 30 mm MK 108, 50 peluru setiap satu.
  • A-2 - dilengkapi dengan senjata 2 meriam × 20 mm MK 151/20, 120 peluru setiap satu.
  • A-3 - cadangan peningkatan dengan muncung diperkukuh dipasang meriam berkembar 30 mm MK 108.
  • A-8 - cadangan peningkatan dengan enjin Jumo 004D-4 lebih berkuasa.
  • B-1 - cadangan peningkatan dirancang bagi 1946, dengan menggunakan enjin turbojet Heinkel-Hirth 011A yang lebih berkuasa, badan dipanjangkanlagi bagi peningkatan bahan api dan jarak termasuk meningkatkan luas sayap, dengan dihedral sempurna dan menyahkan sambungan hujung sayap kebawah. He 162B-1 akan dilengkapi dengan meriam MK 108 berkembar 30 mm.
  • Kerangka He 162B juga digunakan sebagai asas rekabentuk yang dikuasai oleh satu atau dua enjin jet denyut (pulsejet).
  • C - cadangan peningkatan berciri badan siri-B, enjin Heinkel-Hirth 011A, sayap kebelakang, pemasangan ekor baru berbentuk V , dan meriam MK 108 berkembar berciri pemasangan senjata Muzik Schräge.
  • D - cadangan peningkatan dengan tatarajah serupa dengan siri-C tetapi sayap kehadapan (forward-swept).
  • E - He 162A dilengkapi dengan enjin BMW 003R baru, BMW 003A turbojet dengan dilengkapi enjin berbahan api roket BMW 718 bagi peningkatan kuasa. Sekurang-kurangnya satu prototaip di bina dan diuji terbang bagi tempoh yang singkat.
  • S - peluncur latihan dua tempat duduk.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]