Hello! Pro Kenshuusei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Setengah dari Hello! Pro Egg, November 2009

Hello! Pro Kenshuusei (ハロ!プロ研修生) (sebelum ini dipanggil Hello! Pro Egg (ハロ!プロエッグ)) merupakan kumpulan latihan dari Hello! Project yang mempunyai tujuan utama untuk melatih diri mereka untuk menjadi artis rakaman pada masa akan datang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

2004-2011[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2004, 32 pemenang telah dipilih dari 10,570 orang dalam Hello! Pro Egg Audition. Februari 2006, ujibakat kedua telah dijalankan dan tiga orang pemenang telah terpilih.

Sejak ahli yang diambil oleh Tsunku, termasuk Maeda Irori, Kikkawa Yuu, dan Lin Lin.

Ahli Hello! Pro Egg setengahnya adalah penari di setiap konsert Hello! Project. Setengahnya lagi menjdi pelakon drama, dan muzikal. Satu unit baru ditibuhkan oleh Hello! Pro Egg iaitu: Tomoiki Ki wo Uetai.

Setengah ahlinya juga telah dimasukkan ke dalam pasukan futsal Hello! Project, Gatas Brilhantes H.P.: Korenaga Miki dan Mutou Mika menjadi pemain sepenuh masa sementara, Mano Erina, Noto Arisa, Sawada Yuri, dan Sengoku Minami sebagai pemain sahaja.

Pada Januari 2008, Korenaga Miki keluar dari Hello! Pro Egg untuk terus bersama Gatas Brilhantes H.P. dan Ongaku Gatas. Noto Arisa mengambil alih tugasnya sebagai ketua Hello! Pro Egg.

Akan datang, Mano Erina akan keluar pada 29 Mac 2008 dan akan menjadi artis solo yang terbaru dan Kikkawa Yuu dan Kitahara Sayaka dimasukkan dalam kumpulan terbaru Hello! Project, bersama ahli Morning Musume, Kusumi Koharu yang dinamakan Milky Way yang akan mengeluarkan single pada penhujung April 2008.

Pada 20 September 2008, Wada Ayaka, Maeda Yuuka, Fukuda Kanon, dan Saho Akari telah dimasukkan dalam kumpulan Shugo Chara Egg. Kumpulan ini bertujuan menyanyikan lagu pembukaan anime Shugo Chara! manakala kumpulan Buono! menyanyikan lagu penutup.

Shugo Chara Egg telah mengeluarkan 2 single dan kemudian diganti oleh kumpulan Guardians 4 yang menyanyikan kedua-dua pembukaan dan penutupan anime tersebut. Tsunku telah membuat pengumuman bahawa satu unit baru akan ditubuhkan dan berkemungkinan mereka akan keluar dari Hello! Pro Egg sebagai ahli penuh Hello! Project. Tsunku memilih Wada Ayaka, Maeda Yuuka, Fukuda Kanon, dan Ogawa Saki sebagai ahli kumpulan tersebut. Namun Tsunku berkata selain 4 orang yang dipilih, berkemungkinan beliau akan menambah atau mengurangkan ahli kumpulan tersebut.

Komine Momoka, Wada Ayaka, Maeda Yuuka, Fukuda Kanon, Sekine Azusa, dan Ogawa Saki telah muncul dalam video klip Mano Erina iaitu Hajimete no Keiken yang merupakan single ke-2nya sebagai penari latar.

Pada 4 April 2009, Sezaki Azusa dan Satou Ayano telah diperkenalkan di konsert 2009 Hello! Project Shinjin Kouen 4gatsu ~Yokohama HOP~. Ayano telah muncul dalam majalah De*View bersama-sama dengan Noto Arisa dan Kaneko Rie. Hirano Tomomi dan Katsuta Rina telah diperkenalkan pada 7 Jun 2009 di konsert 2009 Hello! Project Shinjin Kouen 6gatsu ~Nakano STEP~. Di konsert 2009 Hello! Project Shinjin Kouen 11gatsu ~Yokohama FIRE~, Takagi Sayuki telah diperkenalkan pada 23 November 2009. Dua hari selepas Sayuki diperkenalkan, Tanabe Nanami telah diperkenalkan dalam sebuah majalah dimana ujibakat untuk ahli keempat Shugo Chara Egg! diadakan. Nanami telah menjadi ahli Shugo Chara Egg! menggantikan Wada Ayaka.

Pada tahun 2010, tiga anggota baru telah diumumkan masuk dalam Hello! Pro Egg--Kizawa Runa, Nagasawa Wakana dan Kudou Haruka. Kemudian, ujibakat untuk anggota generasi kesembilan Morning Musume, Tsunku anggota Hello! Pro Egg berumur antara 13-17 layak untuk menyertai ujibakat itu dan secara automatiknya telah lepas pusingan pertama.

Pada Penghujung 2010, telah diumumkan bahawa Sengoku Minami dan Kikkawa Yuu telah tamat pengajiannya di Hello! Pro Egg dan Kikkawa akan membuat persembahan semasa pembukaan konsert Hello! Project awal tahun 2011. Juga diumumkan semasa konsert itu bahawa Fukumura Mizuki akan menyertai Morning Musume sebagai anggota generasi kesembilan.

Pada 10 September 2011, telah diumumkan bahawa bakal anggota S/mileage, Kosuga Fuyuka akan meninggalkan kumpulan itu kerana kesakitan yang dialami (severe anemia), tetapi Fuyuka akan kembali ke Hello! Project sebagai anggota Hello! Pro Egg selepas sembuh. Pada 29 September, telah diumumkan Kudou Haruka akan menyertai Morning Musume sebagai anggota generasi ke-10.

2012[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2012, nama Hello! Pro Egg di tukarkan kepada Hello! Pro Kenshuusei.

Pada Mac 2012, konsert pertama dibawah nama "Kenshuusei", Kosuga Fuyuka telah kembali ke Hello! Project dan Uemura Akari diperkenalkan kepada umum. Sebulan kemudian, semasa konsert pada April 2012, telah diumumkan anggota terbaru; Murota Mizuki.

Anggota Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Anggota Terkini[sunting | sunting sumber]

  • Kaneko Rie (金子りえ; Ketua)
  • Miyamoto Karin (宮本佳林)
  • Takagi Sayuki (高木紗友希)
  • Tanabe Nanami (田邉奈菜美)
  • Yoshihashi Kurumi (吉橋くるみ)
  • Hamaura Ayano (浜浦彩乃)
  • Taguchi Natsumi (田口夏実)
  • Ogawa Rena (小川麗奈)
  • Kosuga Fuyuka (小数賀芙由香)
  • Uemura Akari (植村あかり)
  • Murota Mizuki (室田瑞希)
  • Yamagishi Riko (山岸理子)
  • Nomura Minami (野村みな美)
  • Kanazawa Tomoko (金澤朋子)
  • Ichioka Reina (一岡怜奈)
  • Kaga Kaede (加賀楓)
  • Kishimoto Yumeno (岸本ゆめの)
  • Makino Maria (牧野真莉愛)
  • Wada Sakurako (和田桜子)
  • Sasaki Rikako (佐々木莉佳子)
  • Tanaka Karen (田中可恋)
  • Inaba Manaka (稲場愛香)
  • Mikame Kana (三瓶海南)
  • Fujii Rio (藤井梨央)
  • Mashiro Kana (真城佳奈)
  • Inoue Hikaru (井上ひかる)

Bekas Anggota Kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • Ohyanagi Maho (大柳まほ, lulus pada Julai 2005)
  • Kawashima Miyuki (川島幸, lulus pada September 2005)
  • Hashida Mirei (橋田三令, lulus pada Jun 2007)
  • Ogura Manami (小倉愛実, lulus pada Ogos 2007)
  • Yutoku Ayumi (湯徳歩美, lulus pada November 2007)
  • Mutou Mika (武藤水華, lulus pada April 2008)
  • Aoki Erina (青木英里奈, lulus pada November 2008)
  • Sezaki Azusa (瀬崎あずさ, meninggalkan kumpulan pada April 2009)
  • Sawada Yuri (澤田由梨, lulus pada Ogos 2009)
  • Noto Arisa (能登有沙, lulus pada September 2009)
  • Tanaka Anri (田中杏里, meninggalkan kumpulan pada Jun 2010)
  • Sainen Mia (西念未彩, meninggalkan kumpulan pada Jun 2010)
  • Komine Momoka (古峰桃香, meninggalkan kumpulan pada Jun 2010)
  • Okai Asuna (岡井明日菜, meninggalkan kumpulan pada November 2010)
  • Hirano Tomomi (平野智美, meninggalkan kumpulan pada November 2010)
  • Maeda Irori (前田彩里, meninggalkan kumpulan pada November 2010)
  • Kikkawa Yuu (吉川友, tamat pengajian pada Disember 2010)
  • Kizawa Runa (木沢留那, meninggalkan kumpulan pada Disember 2010)
  • Kitahara Sayaka (北原沙弥香, tamat pengajian pada Mac 2011)
  • Nagasawa Wakana (長澤和奏, meninggalkan kumpulan pada September 2011)
  • Yamaga Kanae (山賀香菜恵, meninggalkan kumpulan pada August 2012)
  • Mogi Minami (茂木美奈実, meninggalkan kumpulan pada September 2012)
  • Okamura Rise (岡村里星, meninggalkan kumpulan pada Jun 2013)
  • Otsuka Aina (大塚愛菜; meninggalkan kumpulan pada Julai 2013)

Anggota Kumpulan Yang Keluar Untuk Menyertai Kumpulan atau Artis Solo[sunting | sunting sumber]

Konsert[sunting | sunting sumber]

  • [2007] Dai 1 Kai Hello! Project Shinjin Kouen ~Saru no Koku~ / ~Tori no Koku~ (Mitsui Aika, Junjun, Linlin, Arihara Kanna, Hello! Pro Egg)
  • [2007] 2007 Hello! Project Shinjin Kouen 8gatsu ~Yokohama de Aimashou~
  • [2007] Hello! Pro Egg Delivery Station! 01 (Aoki Erina, Kikkawa Yuu, Mori Saki, Kitahara Sayaka, Ogawa Saki)
  • [2007] Hello! Pro Egg Delivery Station! 02 (Noto Arisa, Mano Erina, Furukawa Konatsu, Fukuda Kanon, Okai Asuna)
  • [2007] 2007 Hello! Project Shinjin Kouen 11gatsu ~Shinagawa de Aimashou~
  • [2008] Hello! Pro Egg Delivery Station! 03 (Sawada Yuri, Komine Momoka, Maeda Yuuka, Fukuda Kanon, Saho Akari)
  • [2008] 2008 Hello! Project Shinjin Kouen 3gatsu ~Kirameki no Yokohama~
  • [2008] Hello! Pro Egg Delivery Station! 04 (Tanaka Anri, Sengoku Minami, Sainen Mia, Mori Saki, Wada Ayaka, Ogawa Saki)
  • [2008] 2008 Hello! Project Shinjin Kouen 6gatsu ~Akasaka HOP!~
  • [2008] Hello! Pro Egg Delivery Station! 05 (Noto Arisa, Sawada Yuri, Kikkawa Yuu, Kitahara Sayaka, Komine Momoka)
  • [2008] 2008 Hello! Project Shinjin Kouen 9gatsu ~Shibakouen STEP!~
  • [2008] 2008 Hello! Project Shinjin Kouen 11gatsu ~Yokohama JUMP!~
  • [2009] 2009 Hello! Project Shinjin Kouen 4gatsu ~Yokohama Hop!~|2009 Hello! Project Shinjin Kouen 4gatsu ~Yokohama HOP!~
  • [2009] 2009 Hello! Project Shinjin Kouen 6gatsu ~Nakano STEP!~
  • [2009] 2009 Hello! Project Shinjin Kouen 9gatsu ~Yokohama JUMP!~
  • [2009] 2009 Hello! Project Shinjin Kouen 11gatsu ~Yokohama FIRE!~
  • [2010] 2010nen Hello! Pro Egg Norimen LIVE 2gatsu (Sengoku Minami, Kikkawa Yuu, Furukawa Konatsu, Sainen Mia, Mori Saki, Kitahara Sayaka, Saho Akari, Takeuchi Akari, S/mileage)
  • [2010] Hello! Pro Egg Delivery Station! 06 (Saho Akari, Okai Asuna, Fukumura Mizuki, Miyamoto Karin, Tanabe Nanami)
  • [2010] 2010 Hello! Project Shinjin Kouen 3gatsu ~Yokohama GOLD!~
  • [2010] 2010 Hello! Project Shinjin Kouen 6gatsu ~Yokohama HOP!~
  • [2010] 2010 Hello! Project Shinjin Kouen 11gatsu ~Yokohama JUMP!~
  • [2011] Hello! Pro Egg 2011 Happyoukai ~9gatsu no Nama Tamago Show!~
  • [2012] Hello! Pro Kenshuusei Happyoukai 2012 ~3gatsu no Nama Tamago Show!~
  • [2012] Hello! Pro Kenshuusei Happyoukai 2012 ~6gatsu no Nama Tamago Show!~
  • [2012] Hello! Pro Kenshuusei Happyoukai 2012 ~9gatsu no Nama Tamago Show!~
  • [2012] Hello! Pro Kenshuusei Happyoukai 2012 ~12gatsu no Nama Tamago Show!~
  • [2013] Hello! Pro Kenshuusei Happyoukai 2013 ~3gatsu no Nama Tamago Show!~
  • [2013] Hello! Pro Kenshuusei Happyoukai ~Haru no Koukai Jitsuryoku Shindan Test~
  • [2013] Hello! Pro Kenshuusei Happyoukai 2013 ~6gatsu no Nama Tamago Show!~

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

juga lihat: Tomoiki Ki wo Uetai#Diskografi, THE Possible#Diskografi, Ongaku Gatas#Diskografi

DVD[sunting | sunting sumber]

  • [26.09.2007] Dai 1 Kai Hello! Project Shinjin Kouen ~Saru no Koku~ / ~Tori no Koku~
  • [24.11.2008] 2008 Hello! Project Shinjin Kouen 9gatsu ~Shibakouen STEP!~
  • [23.09.2009] 2009 Hello! Project Shinjin Kouen 6gatsu ~Nakano STEP!~

Ujibakat[sunting | sunting sumber]

Hello! Pro Egg Audition 2004[sunting | sunting sumber]

Up-Front Group "Egg" Audition[sunting | sunting sumber]

  • Nama: Up-Front Group "Egg" Audition (アップフロントグループ『エッグ』オーディション)
  • Masa: Until 25 February 2006
  • Yang sudah berjaya: Mano Erina
  • The three second-generation Hello! Pro Egg members are from this audition.

Up-Front Egg Audition[sunting | sunting sumber]

  • Name: Up-Front Egg Audition (アップフロントエッグオーディション)
  • Masa: Terbuka pada Ogos 2007

Pantauan Luar[sunting | sunting sumber]