Hikayat Qamar al-Zaman dan Budur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hikayat Qamar al-Zaman merupakan salah satu daripada teks-teks kesusasteraan bahasa Melayu yang disadurkan dari kesusasteraan Arab yang tidak diketahui nama pengarangnya. Ia disusun semula oleh Ibn ʻAlawī ibn ʻUthmān ibn Yaḥyā, pada 1343H / 1924. Ceritanya bercorak sebuah karya penglipur lara yang mengisahkan tentang percintaan dan pengembaraan oleh hero bagi mencari seorang puteri yang dicintainya.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Qamar al-Zaman dan Puteri Malikatul Badar merupakan putera dan puteri raja yang bertekad untuk tidak mahu berkahwin. Mereka dipertemukan oleh dua makhluk jin, maka putera Qamar al-Zaman tertarik kepada puteri itu dan mereka saling jatuh cinta. Pertemuan itu berlangsung dalam waktu yang singkat seperti mimpi. Hanya satu tanda yang dapat membuktikan pertemuan itu, iaitu pertukaran cincin.

Tatkala selepas itu, kedua-dua dara dan teruna itu akhirnya telah menderita ditimpa penyakit, mereka juga menghadapi perubahan dalam tingkah-laku mereka yang luar biasa, sehingga mereka dianggap gila. Lalu Puteri Malikatul Badar dibelenggu tangannya dan putera Qamar al-Zaman diasingkan di sebuah pulau. Tetapi akhirnya Qamar al-Zaman berjaya mendapat kebenaran dari keluarganya untuk pergi mengembara. Dalam pengembaraan itu, putera Qamar al-Zaman bertekad untuk mencari kekasihnya dengan menyamar sebagai ahli nujum.

Apabila sampai ke negeri Putri Malikatul Badar, ia mendengar bahawa puteri sedang sakit tenat, lalu ia menawarkan jasa baiknya kepada raja untuk mengubati puteri. Tawarannya diterima dengan syarat jika gagal ia akan dihukum mati. Tanpa nenggunakan ubat, kecuali sebentuk cincin tuan puteri itu yang disimpannya serta sepucuk surat kepada puteri itu, maka putera Qamar al-Zaman berjaya menyembuhkan penyakit Puteri Malikatul Badar. Raja sangat gembira atas berita itu, lalu mengahwinkan Malikatul Badar dengan Qamar al-Zaman.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z