Hiperfosfatemia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hiperfosfatemia
Pengelasan dan sumber luaran
Struktur kimia kumpulan fosfat
ICD-9275.3
P. Data Penyakit20722
eMedicinemed/1097
MeSHD054559
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Hiperfosfatemia ialah suatu gangguan elektrolit yang melibatkan adanya peningkatan paras abnormal fosfat di dalam darah.[1] Kerap, paras kalsium direndahkan (hipokalsemia) kerana pemendakan fosfat dengan kalsium di dalam tisu. Purata paras fosforus patut berada pada antara 0.81 mmol/L dan 1.45 mmol/L.

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Tanda dan gejala termasuk pengkalsiuman ektopi, hiperparatiroidisme sekunder, dan osteodistrofi ginjal.

Sebab[sunting | sunting sumber]

Sebab hiperfosfatemia[2]
Perkumuhan fosfat ginjal terjejas
  • Kelemahan ginjal
  • Hipoparatiroidisme
    • Perkembangan
    • Autoimun
    • Selepas pembedahan leher atau sinaran
    • Pengaktifan mutasi reseptor penderiaan kalsium
  • Penindasan paratiroid
    • Hiperkalsemia tidak bersandarkan paratiroid
      • Keracunan vitamin D atau vitamin A
      • Sarkoidosis, penyakit granuloma lain
      • Imobilisasi, metastasis osteolisis
      • Sindrom susu-alkali
    • Hipermagnesemia atau hipomagnesemia teruk
  • Pseudohipoparatiroidisme
  • Akromegali
  • Kalsinosis tumor
  • Terapi heparin
Beban fosfat bendalir luar sel leluasa
  • Pemberian cepat bagi fosfat eksogen (dalam vena, mulut, rektum)
  • Kecederaan sel meluas atau nekrosis
    • Cedera remuk
    • Rabdomiolisis
    • Hipertermia
    • Radang hati fulminan
    • Terapi sitotoksik
    • Anemia hemolisis teruk
  • Anjakan fosfat rentas sel
    • Asidosis metabolisme
    • Asidosis pernafasan

Hipoparatiroidisme: Dalam keadaan ini, ada paras rendah bagi hormon paratiroid (PTH). PTH secara normal merencat penyerapan semula ginjal bagi fosfat, dan maka tanpa PTH secukupnya ada lebih penyerapan semula fosfat.

Kegagalan ginjal kronik: Apabila ginjal tidak berfungsi dengan baik, ada peningkatan penahanan fosfat.

Ubat: hiperfosfatemia boleh disebabkan oleh pengambilan larutan natrium fosfat mulut dipreskripsi untuk persediaan usus untuk kolonoskopi pada kanak-kanak.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Paras fosfat tinggi boleh dielak dengan pengikat fosfat dan pembatasan pemakanan]] fosfat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ hyperphosphatemia di Kamus Perubatan Dorland
  2. ^ Longo et al., Harrison's Principles of Internal Medicine, 18th ed., p.3089

Templat:Patologi metabolisme mineral