Hipster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hipster merujuk kepada cabang kebudayaan (subbudaya) para belia, orang muda urban kelas pertengahan dan remaja 20an yang muncul pada tahun 1990-an. Cabang kebudayaan ini dikaitkan dengan muzik bebas ( muzik indie)/ (muzik bawah tanah), selera berpakaian yang menentang arus perdana, pandangan politik yang bebas atau liberal, kepercayaan alternatif atau atiesme / agnostisme, dan gaya hidup alternatif. Mereka mempunyai kecenderungan atau minat terhadap media-media termasuk filem bebas, majalah seperti Clash. Di Malaysia, mereka meminati majalah seperti ROTTW dan sering menghadiri kegiatan luar atau acara-acara luar seperti Frinjan dan Urbanscapes.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal Usul pada tahun 1940an[sunting | sunting sumber]

Perkataan ini muncul ditengah-tengah zaman kegemilangan muzik Jazz. Perkataan ini ketika itu merujuk sebagai adjektif untuk menerangkan tentang scene baru yang sedang berkembang.[1] Walaupun asal usul adjektif itu sering dipertikaikan, sesetengah berpendapat ia berasal dari derivatif perkataan "hop" pada "hip hop" yang berasal dari kata opium,ada pula yang berpendapat ia berasal dari perkataan "hipi," dalam bahasa afrika yang membawa maksud "untuk membuka mata seseorang"[1] Walaupun begitu, "hip" akhirnya diterima sebagai awal diikuti dengan akhiran -ster dalam bahasa inggeris (contoh lain seperti: spinster dan gangster), dan "hipster" memasuki senarai dalam kamus bahasa inggeris.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Dan Fletcher. "Hipsters", time.com, 2009-07-29. Dicapai pada 2009-11-01.