Histopatologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mikrograf menunjukkan contraction band necrosis, penemuan histopatologik bagi infarksi miokardium (serangan jantung).

Histopatologi (gabungan tiga perkataan Yunani: ἱστός histos "tisu", πάθος pathos "menderita", dan-λογία -logia "kajian tentang") merujuk kepada pemeriksaan mikroskopik tisu untuk mengkaji manifestasi penyakit. Secara khusus, dalam perubatan klinikal, histopatologi merujuk kepada pemeriksaan biopsi atau spesimen pembedahan oleh ahli patologi, setelah spesimen tersebut diproses dan bahagian histologi telah diletakkan ke slaid kaca. Sebaliknya, sitopatologi meneliti sel-sel bebas atau fragmen mikro tisu (sebagai "blok sel").

Kaedah[sunting | sunting sumber]

Peralatan klasik yang digunakan untuk mengkaji tisu ialah:

Sejak beberapa dekad yang lalu, perkembangan dalam mikroskopi elektron, imunopendarfluor, dan penggunaan hirisan tisu beku telah mempertingkat perincian tisu yang dapat dicerap. Dengan peralatan tersebut, rupa bentuk klasik tisu dalam keadaan sihat mahupun semasa menghidap penyakit dapat diteliti dan justera, membolehkan penghalusan diagnosis dan prognosis klinikal secara ketara.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]