Hot Young Bloods

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hot Young Bloods
PengarahLee Yeon-woo
PenulisLee Yeon-woo
Dihasilkan olehKim Jin-seop
DibintangiPark Bo-young
Lee Jong-suk
Lee Se-young
Kim Young-kwang
SinematografiKim Dong-cheon
Disunting olehSteve M. Choe
Muzik olehShim Hyeon-jeong
Diedarkan olehLotte Entertainment
Tarikh tayangan
23 Januari 2014
Masa tayangan
121 minit
NegaraKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Pecah panggungAS$10,614,399[1]

Hot Young Bloods (Hangul피끓는 청춘; RRPikkeulneun Cheongchun; lit. "Blood Boiling Youth") ialah sebuah filem Korea Selatan tahun 2014.[2][3]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengambil tempat di sebuah pekan luar bandar pada tahun 1982, Young-sook (Park Bo-young) ialah ketua geng yang ditakuti di Sekolah Tinggi Pertanian Hongseong. Dia secara rahsianya menyukai Joong-gil (Lee Jong-suk), seorang playboy di sekolah itu. Joong-gil cuba untuk memikat hati semua pelajar perempuan di sekolah itu kecuali Young-sook. Ini kerana, Gwang-sik (Kim Young-kwang), ketua geng lelaki sekolah pesaing melihat Young-sook sebagai perempuannya. Pada suatu hari, Seorang pelajar perempuan baru, So-hee (Lee Se-young) dari Seoul berpindah ke sekolah tinggi mereka. Joong-gil mula jatuh cinta kepada So-hee yang cantik dan berbeza daripada pelajar perempuan yang lain. Young-sook yang cemburu bergaduh dengan So-hee untuk mengelak saingan barunya itu daripada mendekati Joong-gi. Gwang-sik mula curiga dengan hubungan diantara Young-sook dan Joong-gil.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Hot Young Bloods mula ditayangkan di teater pada 23 Januaru 2014. Dua minggu selepas tayangannya, filem ini merekodkan 1,570,609 penonton.[4] Hak pengederan filem ini telah dijual kepada Hong Kong di Pasaran Filem Amerika disusuli kepada Singapura dan Malaysia.[5][6]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2014
Anugerah Seni Baeksang ke–50
Pelakon Wanita Paling Popular (Filem) Park Bo-young Tercalon
Pelakon Lelaki Paling Popular (Filem) Lee Jong-suk Tercalon
Festvial Filem Belia Antarabangsa Seoul ke–16
Pelakon Muda Wanita Terbaik Park Bo-young Tercalon
Anugerah Budaya dan Hiburan Korea ke–22
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Filem Park Bo-young Menang
Pelakon Baru Lelaki Terbaik di dalam Filem Kim Young-kwang Menang
Anugerah Grand Bell ke–51
Anugerah Populariti Lee Jong-suk Tercalon
Park Bo-young Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Boiling Youngs (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada 2014-04-13.
  2. ^ Lee, Cory (2014-01-02). "Lee Jong-suk's New School-set Movie to Open This Month". TenAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-29. Dicapai pada 2014-02-10.
  3. ^ Song, Soon-jin (2014-01-06). "4 Big Releases March Into Theaters for Korean New Year". Korean Film Council. Dicapai pada 2014-02-10.
  4. ^ Conran, Pierce (2014-02-10). "Box Office: January 16-February 5, 2014". Korean Film Council. Dicapai pada 2014-02-10.
  5. ^ Conran, Pierce (2014-01-30). "HOT YOUNG BLOODS Heats Up International Sales". Korean Film Council. Dicapai pada 2014-02-10.
  6. ^ Kim, Jessica (2014-01-22). "New Lee Jong-suk Film Pre-Sold to 3 Countries". TenAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-29. Dicapai pada 2014-02-10.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]