Hougang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hougang Hougang adalah bandar bertembok utama bagi kebudayaan Longshan. Ia terletak sekitar 1.5 kilometer (0.9 batu) barat laut Anyang, ibu negeri Shang berikutnya, di province Henan, utara China.

Ia merangkumi kawasan sekitar 10 hektar (25 ekar) dan dilindungi oleh tembok tanah mampat. Tapak ini mendedahkan amalan korban kanak-kanak dan menanam mereka dalam asas tembok dan bangunan. Kesan 37 rumah bulat dengan dinding lumpur dan batu-bata jerami atau anyaman disalut lumpur (“wattle and daub”) telah dijumpai. Rumah ini berbentuk bulat dengan keratan rentas sekitar lima meter (16.5 kaki.).

Setiap rumah dibina pada jarak lima meter antara rumah dan kebanyakannya dibina semula selang masa di atas tapak yang sama. Tapak ketuhar bagi penghasilan barangan tembikar turut dijumpai di sini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Encyclopedia of Ancient Asian Civilizations, © 2004 by Charles F. W. Higham, VB Hermitage