Hukuman merotan di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dua jenis rotan: Baris depan ialah rotan jenis tebal dan baris yg belakang ialah rotan jenis nipis.

Hukuman merotan di Malaysia merupakan hukuman undang-undang yang kedua serius, iaitu selepas hukuman mati. Jumlah rotan paling banyak yang boleh dikenakan ke atas seorang penjenayah mengikut undang-undang jenayah Malaysia ialah 24 rotan. Terdapat dua jenis rotan yang digunakan:

Rotan jenis nipis tidak begitu merosakkan badan, akan tetapi ia lebih menyakitkan. Merotan dengan rotan tebal yang melebihi lima kali boleh mengakibatkan kematian pucuk dan kematian rasa dari punggung ke bawah yang payah dipulih. Oleh kerana kesan merotan yang begitu dashyat, undang-undang Malaysia mengecualikan kategori-kategori di bawah daripada hukuman tersebut:

  • Perempuan, kerana merotan boleh menjejas keupayaan beranak;
  • Lelaki berumur 50 tahun ke atas;
  • Orang yang disahkan tidak sihat oleh pegawai perubatan; dan
  • Orang gila.

Kaedah-Kaedah Merotan[sunting | sunting sumber]

Pada hari hukuman merotan dilaksanakan, para banduan yang terlibat akan diberi pemeriksaan perubatan. Mereka akan beratur dalam satu baris untuk giliran masing-masing di tempat yang tidak boleh dinampak oleh banduan yang tidak terlibat.

Pengarah Penjara Negeri Johor akan menyeliakan pelaksanaan merotan, bersama-sama dengan seorang pegawai perubatan dan seorang lagi pegawai penjara. Perhatian teliti perlu diambil supaya mengelakkan kesilapan merotan banduan yang tidak bersalah. Pengarah Penjara akan membaca hukuman kepada pesalah, dan memintanya mengesahkan hukuman yang terbaca. Beliau juga akan bertanya pesalah tersebut agar rayuan telah dibuat. Jika ya, hukuman merotan akan ditangguhkan sehingga keputusan rayuan diputuskan.

Patung banduan yg diikat ke rangka berbentuk "A". Dalam gambar ini, kepalanya masih belum diletakkan dibawah kayu melintang.

Pesalah masih dalam keadaan telanjang selepas pemeriksaan perubatan, kecuali sehelai apron yang diikat kepada pinggang. Sewaktu dirotan, tangan dan punggungnya diikat pada suatu rangka berbentuk "A". Kepalanya diletakkan dibawah sebatang kayu melintang supaya badannya membongkok. Petugas merotan mestilah berkelayakan dan disahkan melalui persijilan. Mereka akan dibayar RM10.00 (2005) untuk setiap rotan, dinaikkan daripada cuma RM1.00 sedekad dahulu.

Dalam pelaksanaan tugasnya, petugas merotan tidak boleh digopoh-gopahkan. Pegawai penjara yang membilang jumlah rotan tidak boleh menentukan waktu untuk rotan yang berikutan. Tugasnya cuma memastikan pesalah tidak dikenakan rotan yang melebihi atau kurang daripada apa yang ditetapkan oleh mahkamah.

Petugas merotan akan bermula dengan memegang rotan secara mendatar atas kepalanya. Kesunyian dipeliharakan di kawasan merotan. Apabila dia sedia, dia akan melepaskan tangan kirinya dan menghayunkan rotan kearah punggung pesalah dengan sekuatnya, seolah-olah pemain golf menghayunkan pemukul. Untuk mencapai akibat yang paling dashyat, petugas merotan perlu memastikan bahawa hujung rotan digunakan untuk memukul pesalah. Rotan yang direndam dengan "Pemutih Clorox" untuk membunuh kuman, juga meningkatkan kesakitan pesalah. Kulit punggung akan melebam bila dirotan satu kali. Akan tetapi sekiranya rotan lima kali keatas dikenakan, kulit punggung pesalah akan tanggal dan mulai berdarah.

Segala hukuman merotan mesti dijalankan dalam satu sessi. Sekiranya pesalah itu pengsan, ataupun pegawai perubatan mengarahkan pelaksanaan hukuman diberhentikan kerana pesalah tidak boleh meneruskan lagi, pelaksanaan merotan akan ditamatkan. Suatu permohonan akan dibuat kemudian ke makhamah supaya baki rotan digantikan kepada hukuman pengurungan. Biasanya, setiap rotan disamakan dengan lima atau enam bulan pengurungan.

Rotan yang terpakai boleh digunakan semula. Walaupun demikian, tindakan pencegahan perlu diambil untuk pesalah yang menghidapi HIV. Rotan yang baru akan digunakan untuk kes tersebut, dan selepas siap digunakan, rotan itu akan dibakar. Petugas merotan juga dikehendaki memakai smock perlindungan, sarung tangan dan cermin mata kerana takut daging dan darah pesalah HIV terkenanya.

Selepas dirotan, pesalah akan terus dihantar ke klinik penjara untuk mendapat rawatan. Pesalah akan dihospitalisasikan sehingga dia menyembuh, tertakluk kepada kecukupan katil. Buat sementara, pesalah terpaksa berbaring dengan bahagian perut menghadapi katil kerana kecederaan punggung.

 

Waktu dan Keadaan Pelaksanaan Hukuman Rotan

i. Hukuman rotan di penjara biasanya bermula pada jam 8.00 pagi pada hari yang ditentukan. Contohnya Penjara Kajang akan merotan para banduan pada hari Khamis.

ii. Banduan akan menjalankan pemeriksaan badan sebelum dibawa ke tempat menjalankan hukuman rotan

Kaki dan tangan banduan diikat kat rangka berbentuk "A" sebelum hukuman sebat mereka bermula.

iii. Setelah disahkan oleh doktor, banduan tersebut akan dibawa ke tempat menjalankan hukuman rotan

iv. Banduan akan menunggu gilirannya sehingga nombor badan dan nama penuh banduan itu dipanggil dan dibawa masuk

v. Banduan itu dikehendaki untuk mengenalkan dirinya dengan nombor dan nama penuhnuya. Kebanyak banduan akan melapor salah nombor sendiri akibat ketakutan. Penguasa penjara akan membacakan hukuman banduan tersebut. Penguasa penjara biasa akan memberitahu banduan tersebut dengan kata "Pagi ini, kami akan merotan awak dengan XX kali sebatan, faham?" Kebanyakan banduan akan membalas dengan "Faham" dan "Terima kasih, tuan"

vi. Banduan tersebut akan dibawa ke rangka berbentuk "A". Kedua-dua kaki banduan itu akan pijat di tepi rangka itu dan diikat dengan tali pinggang diikuti dengan kedua-dua tangannya. Bahagian punggungnya akan dilapik dengan kain tebal di mana tengah-tengah kain itu terdapat lubang yang didedah untuk tujuan sebatan

vii. Selepas semua kaedah telah siap, seorang pegawai penjara (ASP atau DSP) akan mengumumkan "Hukuman XX kali sebatan rotan" dan diawasi oleh seorang doktor

viii. Sebaik sahaja pegawai itu mengira bilangan sebatan dengan "SATU", tukang sebat akan bermula merotan banduan itu dengan sebatan pertama.

ix. Jika banduan itu cuma diberi sebatan rotan saja, pegawai itu akan mengumumkan "Habis". Kalau tidak, pengawai akan terus dengan kiraan "DUA" sehingga bilangan rotan itu dicapaikan.

x. Setelah selesai, banduan tersebut akan di bawa ke Blok RSD, doktor akan mengarahkan pembantunya memberi ubat kepada pesalah atau dihantar ke hospital sekiranya perlu.

Tahap Kesakitan Hukuman Rotan

  • Sebatan Pertama hingga ke-4:
  • Kebanyakan banduan dapat bertahan dengan sebatan yang bilangan 1 hingga 4. Ia disebabkan kulit punggung banduan itu masih berada dalam keadaan yang baik.
  • Terdapat banduan yang pernah dirotan berkata dia tidak terus rasa kesakitan punggung dia setelah sebatan pertama, tetapi selepas beberapa saat, banduan itu baru rasa kesakitan macam satu "garisan" rotan di punggungnya. Ini dipercaya kerana kulit punggung banduan itu tidak pernah mengalami pukulan yang begitu kuat, dan kesaiktan sebatan pertama itu belum dihantar oleh sarafnya
Gambar menunjukkan kulit punggung banduan terus pecah dan tanggal walaupun disebat dua kali rotan sahaja.

Sebatan ke-5

  • Punggung banduan itu yang telah dirotan 4 sebatan itu biasanya telah lebam dan kulit punggung sudah tanggal.
  • Kesakitan bertambah serius apabila banduan itu dirotan sebatan ke-5 atau seterusnya disebabkan sebatan ke-5 itu biasanya akan dirotan di bahagian punggung yang telah dirotan sebatan pertama tadi. Kulit punggung banduan tersebut akan tanggal dengan lebih serius dan berdarah.
  • Kebanyakan banduan akan mula menjerit kesakitan setelah menerima sebatan ke-5.

Sebatan ke-10

  • Keadaan bertambah serius jika banduan tersebut dirotan denagn sebatan ke-10, ia disebabkan keadaan kulit punggung banduan itu pada masa itu telah tanggal serius dan berdarah. Terdapat wartawan yang pernah melihat keadaan sebenar hukuman rotan di penjara memberitahu bahawa keadaan punggung banduan itu adalah begitu serius sehingga ternampak daging dalam dengan darah.
  • Hukuman rotan TIDAK akan berhenti sekiaranya doktor merasa banduan itu masih mampu menerima sebatan yang seterusnya sehingga habis.
Gambar sebenar yang menunjukkan keadaan punggung banduan yang telah menerima sekurang-kurangnya 10 kali rotan.

Sebatan ke-15

  • Banduan yang menerima sebatan ke-15 atau ke-atas biasanya merupakan banduan kes berat seperti kes rogol atau dadah.
  • Pada masa yang banduan tersebut menerima sebatan ke-15, keadaan kulit punggungnya boleh dikatakan hancur.
  • Kesakitan sebatan itu munkin membuat banduan tersebut pengsan.

Sebatan ke-20 hinggan ke-24

  • Jumlah rotan paling banyak yang boleh dikenakan ke atas seorang banduan mengikut undang-undang jenayah Malaysia ialah 24 rotan
  • Pada masa itu, banduan tersebut munkin dah kehilangan rasa sakit akibat kematian rasa dari punggung.

Angappan Salah Orang Awam Terhadap Hukuman Rotan di Penjara

  • Kebanyakan orang berasa hukuman rotan terhadap banduan akan dijalankan secara berperingkat seperti 2 - 3 sebatan setiap kali. Tetapi, mengikut undang-undang jenayah Malaysia, jumlah bilangan seorang banduan yang boleh dikenakan ialah 24 rotan serentak. Ia bermaksud, jika seorang banduan dihukum 30 sebatan rotan, dia akan dirotan dengan maximum 24 sebatan rotan dalam satu sesi. Jika banduan tersebut dihukuman kurang daripada 24 sebatan, katakan 13 sebatan rotan, dia akan dirotan dengan 13 sebatan rotan dalam satu sesi sahaja.

Kesan Segera Selepas Meneriman Hukuman Rotan

  • Kesan segera yang paling umum bagi banduan yang telah dirotan ialah kulit punggung dia akan pecah.
  • Bahagian tepi punggung banduan tersebut akan lebam dan bertukar warna ke hitam/biru pada hari keesokan selepas dirotan.
  • Banduan tersebut tidak dapat tidur terutamanya hari pertama setelah dirotan, disebabkan kesakitan punggungnya.
  • Kesusahan pergi tandas merupakan perkara paling biasa untuk banduan yang baru dirotan.