Hulu Teluk New York

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 40°40′06″N 74°02′44″W / 40.66833°N 74.04556°W / 40.66833; -74.04556{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman

Pelabuhan New York, Hulu Teluk New York diwarnakan dalam merah. Ia dihubungkan ke Teluk New York Hilir di selatan melalui the Narrows. Pulau Ellis (utara) dan Pulau Liberty (selatan) ditunjukan di sudut barat laut teluk.

Teluk New York Hulu, atau Teluk Hulu secara tradisinya adalah nadi kepada Pelabuhan New York dan New Jersey, dan sering kali dipanggil sebagai Pelabuhan New York. Ia dikelilingi oleh borough Manhattan, Brooklyn, dan Pulau Staten di Kota New York dan perbandaran Kaunti Hudson, New Jersey di Jersey City dan Bayonne.[1]

Kawasan Teluk New York Hulu mempunyai beberapa pulau antaranya Pulau Governors yang terletak berdekatan muara East River, selain Pulau Ellis, Pulau Liberty, dan Terumbu Robbins yang mana disokong oleh sebuah terumbu bawah air yang besar di sebelah pelabuhan New Jersey. Berdasarkan sejarrah, terumbu ini memiliki lapisan tiram terbesar di dunia dan memberi sumber makanan kepada kesemua kelas masyarakat tempatan dan kawasan sekitar sehingga akhir kurun ke-19, apabila kawasan terumbu ini mula tercemar.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Hudson County New Jersey Street Map. Hagstrom Map Company, Inc. 2008. ISBN 0-88097-763-9. 
  2. Kurlansky, Mark (2006). The Big Oyster. Random House Trade paperbacks. ISBN 978-0-345-47639-5.