Komputer Peribadi IBM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari IBM PC)
PC IBM 5150

Komputer Peribadi IBM atau lebih dikenali sebagai IBM PC, merupakan versi asal dan leluhur bagi pelantar perkakasan Serasi IBM PC. Ia merupakan model IBM nombor 5150, dan telah diperkenalkan pada 21 Ogos 1981. Ia telah dicipta oleh sekumpulan jurutera dan pereka bentuk di bawah arahan Don Estridge dari Bahagian Sistem Entri IBM di Boca Raton, Florida.

Di samping "mikrokomputer" dan "komputer rumah", istilah "komputer peribadi" telah pun digunakan sebelum 1981. Ia telah digunakan seawal 1972 lagi untuk mencirikan Alto Xerox PARC. Walau bagaimanapun, disebabkan kejayaan Komputer Peribadi IBM, istilah tersebut telah menjadi khusus kepada sebuah mikrokomputer yang serasi dengan produk-produk komputer peribadi IBM.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]