ICD-10

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

ICD-10 ialah Pengelasan Statistik Penyakit (ICD) semakan ke-10 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia mengandungi kod untuk penyakit, tanda dan gejala, penemuan tidak normal, aduan, keadaan sosial dan penyebab luaran pada kecederaan atau penyakit.[1] Kerja pembuatan ICD-10 bermula pada tahun 1983,[2] yang disahkan oleh Majlis Kesihatan Sedunia keempat Puluh Tiga pada tahun 1990, dan pertama kali digunakan oleh negara-negara seanggota pada tahun 1994.[1] Ia akan digantikan oleh ICD-11 pada 1 Januari 2022.[3]

Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengurus dan menerbitkan versi asas ICD, beberapa negara anggota telah mengubahnya agar lebih sesuai dengan keperluan mereka. Dalam pengelasan asas, set kod membolehkan lebih daripada 14,000 kod yang berbeza,[4] dan membenarkan pengesanan banyak diagnosis yang baharu dibandingkan dengan ICD-9 sebelumnya. Melalui penggunaan subklasifikasi pilihan, ICD-10 memungkinkan untuk mengetahui kekhususan mengenai penyebab, penyataan, lokasi, keparahan dan jenis kecederaan atau penyakit.[5] Versi yang diadaptasi mungkin berbeza dalam beberapa cara, dan beberapa edisi nasional telah memperluas set kod dengan lebih jauh; dengan sebilangan yang menambah kod prosedur. Contohnya, ICD-10-CM mempunyai lebih daripada 70,000 kod.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "International Classification of Diseases (ICD) Information Sheet" [Lembaran Maklumat Pengelasan Statistik Penyakit Antarabangsa (ICD)] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 October 2018.
  2. ^ "ICD-10 Fifth Edition" [ICD-10 Edisi Kelima] (PDF). apps.who.int (dalam bahasa Inggeris). m/s. 5. Dicapai pada 29 October 2018.
  3. ^ https://www.who.int/news-room/detail/18-06-2018-who-releases-new-international-classification-of-diseases-(icd-11)
  4. ^ "FAQ on ICD" [Soalan Lazim tentang ICD] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Oktober 2018.
  5. ^ "ICD-10 Second Edition Volume 2 – World Health Organization, p15" [ICD-10 Edisi Kedua Jilid 2 - Organisasi Kesihatan Sedunia, p15] (PDF). Who.int. Dicapai pada 23 Mei 2017.
  6. ^ "The switch from ICD-9 to ICD-10: When and why" [Pertukaran dari ICD-9 ke ICD-10: Bila dan kenapa]. icd.codes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Januari 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]