ICanHazPDF
#ICanHazPDF merupakan hashtag yang digunapakai di Twitter untuk memohon akses ke atas artikel jurnal akademik yang dikenakan bayaran oleh penerbit asal.[1] Ia telah bermula pada tahun 2011[2] oleh sainstis Andrea Kuszewski. [3][4] Nama ini diambil untuk singkatan kepada I Can Has Cheezburger?.[4]
Proses
[sunting | sunting sumber]Pengguna akan membuat permohonan melalui Twitter dengan memberikan judul artikel, DOI atau maklumat-maklumat lain seperti pautan dari penerbit,[5] alamat emel, dan hashtag "#ICanHazPDF". Seseorang yang mempunyai akses kepada artikel tersebut akan menghantar artikel tersebut melalui emel kepada pemohon. Selepas permohonan ditunaikan, pemohon perlu memadam teks Twitter yang asal.[6] Selain itu, pemohon yang tidak mahu mendedahkan alamat emel mereka secara umum boleh menghantar pesanan terus kepada mereka yang menawarkan pertolongan untuk mendapatkan artikel tersebut.
Penggunaan dan populariti
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan permohonan adalah artikel yang diterbitkan sekurang-kurangnya lima tahun dari tahun permohonan, dan kebanyakan pemohon adalah dari negara yang bertutur dalam Bahasa Inggeris.[1] Permohonan untuk artikel biologi merupakan antara yang sering dimohon berbanding bidang lain, walaupun harga langganan untuk subjek kimia, fizik dan astronomi adalah lebih mahal berbanding biologi. [1] Pengguna menggunakan hashtag ini adalah disebabkan keengganan pengguna membayar untuk mendapatkan artikel dan proses yang cepat berbanding permohonan melalui pinjaman antara perpustakaan. [1]
Kritikan
[sunting | sunting sumber]Amalan permohonan ini dianggap sebagai "cetak rompak".[6] Walau bagaimanapun, kesalahan penggunaan ICanHazPDF diragui, memandangkan banyak penerbit saintifik membolehkan pengagihan artikel jurnal dalam bentuk tertentu, dan dasar-dasar berbeza daripada penerbit kepada penerbit. [7]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Gardner, Carolyn Caffrey; Gardner, Gabriel J. "Bypassing Interlibrary Loan Via Twitter: An Exploration of #icanhazpdf Requests" (PDF). ALA. Dicapai pada 22 October 2015.
- ^ Dunn, Adam, G.; Coiera, Enrico; Mandl, Kenneth D. (2014). "Is Biblioleaks Inevitable?". Journal of Medical Internet Research. 16 (4). doi:10.2196/jmir.3331. Dicapai pada 22 October 2015.
- ^ Kuszewski, Andrea (20 January 2011). "OMG, that should be the new "I'm requesting a paper" hashtag!". Dicapai pada 23 October 2015.
- ^ a b Mohdin, Aamna (23 October 2015). "How to Get Free Access to Academic Papers on Twitter". The Atlantic. Dicapai pada 23 October 2015.
- ^ Swab, Michelle; Romme, Kristen (2015). "2015: #icanhazpdf? User Requests for Medical Literature on Twitter". Medical Library Association Conference 2015. Medical Library Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 11 December 2015.
- ^ a b Wendling, Mike (21 October 2015). "The scientists encouraging online piracy with a secret codeword". BBC. Dicapai pada 22 October 2015.
- ^ Jarreau, Paige Brown. "Open Access to Science Communication Research: Your Options". Dicapai pada 22 October 2015.