ISO 6346

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kod BIC di belakang sebuah kontena
Kod ISO dan jadual dimensi/muatan pada beberapa kontena yang baru dicuci

ISO 6346 adalah piawai antarabangsa yang diuruskan oleh Biro Kontena Antarabangsa (BIC) untuk mengekod, mengenalpasti dan menanda kontena pengangkutan yang digunakan dalam proses pengkontenaan.

Biro ini mewujudkan:

  • Sistem pengenalan dengan:
    • Kod pemilik, sering disebut "Kod BIC"
    • Pengenal pasti kategori perkakasan
    • Nombor siri
    • Satu digit semak
  • Saiz dan kod jenis
  • Kod negara
  • Tanda operasi

Sistem Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Kod pemilik[sunting | sunting sumber]

Kod pemilik terdiri daripada 3 huruf besar untuk menunjukkan pemilik atau pengendali prinsipal kontena tersebut. Kod ini perlu didaftarkan dengan Biro Kontena Antarabangsa di Paris untuk memastikannya unik di seluruh dunia.

Pengenal pasti kategori perkakasan[sunting | sunting sumber]

Pengenal pasti kategori perkakasan terdiri daripada satu daripada 3 abjad latin seperti di bawah:

  • U untuk semua kontena pengangkutan
  • J untuk perkakas kontena yang boleh ditanggal
  • Z untuk treler dan casis

Nombor siri[sunting | sunting sumber]

Nombor siri terdiri daripada enam digit yang ditentukan oleh pemilik atau pengendali, yang unik dan tidak sama dengan nombor siri kontena lain milik pengendali.

Digit semak[sunting | sunting sumber]

Digit semak terdiri daripada satu digit yang mengesahkan ketepatan perakaman dan transmisi kod pemilik dengan nombor siri.

Langkah pengiraan 1[sunting | sunting sumber]

Satu angka ditentukan kepada setiap abjad latin, bermula dengan angka 10 untuk abjad A ( angka 11 dan semua gandaannya diabaikan) :

A B C D E F G H I J K L M
10 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 23 24
N O P Q R S T U V W X Y Z
25 26 27 28 29 30 31 32 34 35 36 37 38

Setiap digit nombor siri memegang nilai pengangkanya.

Langkah pengiraan 2[sunting | sunting sumber]

Setiap angka yang dikira di langkah pertama didarabkan dengan 2posisi, yang mana "posisi" adalah eksponen kepada asas 2. "Posisi" bermula dari 0, dari kiri ke kanan.

Jadual di bawah menunjukkan faktor pendaraban:

1. nbr 2. nbr 3. nbr 4. nbr 5. nbr 6. nbr 7. nbr 8. nbr 9. nbr 10. nbr
20 21 22 23 24 25 26 27 28 29
1 2 4 8 16 32 64 128 256 512

Langkah pengiraan 3[sunting | sunting sumber]

a) Tambah semua keputusan dalam langkah 2
b) Bahagikan dengan 11
c) Buang semua digit perpuluhan hasil kiraan b) (i. e. tukarkan kepada nilai integer)
d) Darabkan nilai integer tersebut dengan 11
e) Tolakkan hasil kiraan d) dari hasil kiraan a) = Ini adalah digit semak!

Jika perbezaan terakhir adalah 10, maka digit semaknya akan menjadi 0. Untuk mengelakkan ini, piawai menyarankan nombor siri yang menghasilkan perbezaan akhir 10 tidak digunakan, tetapi terdapat kontena di pasaran yang tidak mengikut saranan ini, jadi jika kalkulator digit semak diprogramkan, cara mengendalikan kes sebegini perlu dimasukkan.

Perlu diingatkan yang langkah b) ke e) adalah bertujuan mencari integer hasil dari pembahagian a) dengan 11. Kebanyakan bahasa pengaturcaraan mempunyai operator modulo untuk ini. Perhatian perlu diberikan kepada persoalan bagaimana ianya bekerja dalam bahasa yang dipilih; i. e. jika ia memberikan balik hasil tanpa titik perpuluhan atau integer untuk mendapatkan hasil yang wajar. - 11 digunakan sebagi pembahagi kerana nombor kontena mempunyai 11 jumlah digit. Dalam langkah 1, angka 11,22 dan 23 diabaikan kerana ia adalah gandaan kepada pembahagi.

Contoh[sunting | sunting sumber]

C S Q U 3 0 5 4 3 8 Kiraan
13 30 28 32 3 0 5 4 3 8
x x x x x x x x x x
1 2 4 8 16 32 64 128 256 512
= = = = = = = = = =
13 60 112 256 48 0 320 512 768 4096 6185 [a)]
b) Dibahagikan dengan 11: 562.272...
c) Buang digit perpuluhan: 562
d) Darabkan dengan 11: 6182
e) a) tolak d) = Digit semak: 3

Masalah praktikal[sunting | sunting sumber]

Dalam urusan harian, kita akan sentiasa terjumpa kontena yang tidak mengikut langsung pengenalan ISO 6346l, bagaimanapun ia adalah kontena yang disahkan oleh piawai keselamatan CSC. Selalunya kontena ini adalah "milik pengirim" yang bermaksud ianya bukan dimiliki oleh syarikat perkapalan tersebut, tetapi oleh pemilik kargo (pengirim). Ia mungkin tidak memiliki kod pemilik berdaftar, tiada pengenal pasti kategori dan tiada digit semak. Umumnya, adalah tidak digalakkan untuk tidak mengikuti ISO 6346 kerana ia akan menyebabkan banyak masalah kepada syarikat perkapalan dan terminal kontena untuk mengenal pasti dengan tepat perkakasan itu dan menghantar kargo itu dengan baik. Sistem komputer memerlukan penamaan selaras ISO 6346, dan jika awalan nombor (empat huruf latin) itu tiada dan awalan palsu dibuat contohnya YYYY di terminal dan XXXX di syarikat perkapalan, akan terjadi ketidakseragaman dan menyukarkan pengenalan kontena tersebut.

Kod saiz dan jenis[sunting | sunting sumber]

ISO 6346 juga menentukan kod saiz dan jenis untuk kontena. Ia juga dipaparkan di luar kontena.

Kod ini digabungkan dengan elemen berikut

  • Abjad atau digit pertama, mewakili panjang (dikodkan)
  • Abjad atau digit kedua, mewakili lebar dan tinggi (dikodkan)
  • Abjad atau digit ketiga dan keempat, mewakili jenis kontena

Berikut adalah senarai kod yang paling banyak digunakan:

Jenis kumpulan ISO Jenis saiz ISO
Kod Penerangan Kod Penerangan
20GP KONTENA KEGUNAAN UMUM 20G0 KONTENA KEGUNAAN UMUM
20G1 KONTENA KEGUNAAN UMUM
20HR KONTENA BERTEBAT 20H0 KONTENA BERTEBAT
20PF KONTENA RATA (HUJUNG TETAP) 20P1 KONTENA RATA (HUJUNG TETAP)
20TD KONTENA TANGKI 20T3 KONTENA TANGKI
20T4 KONTENA TANGKI
20T5 KONTENA TANGKI
20T6 KONTENA TANGKI
20TG KONTENA TANGKI 20T7 KONTENA TANGKI
20T8 KONTENA TANGKI
20TN KONTENA TANGKI 20T0 KONTENA TANGKI
20T1 KONTENA TANGKI
20T2 KONTENA TANGKI
22BU KONTENA PUKAL 22B0 KONTENA PUKAL
22GP KONTENA KEGUNAAN UMUM 22G0 KONTENA KEGUNAAN UMUM
22G1 KONTENA KEGUNAAN UMUM
22HR KONTENA BERTEBAT 22H0 KONTENA BERTEBAT
22PC KONTENA RATA (BOLEH LIPAT) 22P3 KONTENA RATA (BOLEH LIPAT)
22P8 KONTENA RATA (BOLEH LIPAT)
22P9 KONTENA RATA (BOLEH LIPAT)
22PF KONTENA RATA (HUJUNG TETAP) 22P1 KONTENA RATA (HUJUNG TETAP)
22P7 KONTENA RATA (PEMBAWA GENSET)
22RC KONTENA REEFER (TIADA MAKANAN) 22R9 KONTENA REEFER (TIADA MAKANAN)
22RS KONTENA REEFER DENGAN PENJANA KUASA TERBINA 22R7 KONTENA REEFER DENGAN PENJANA KUASA TERBINA
22RT KONTENA REEFER 22R1 KONTENA REEFER
22SN KONTENA KARGO DINAMAKAN 22S1 KONTENA KARGO DINAMAKAN
22TD KONTENA TANGKI 22T3 KONTENA TANGKI
22T4 KONTENA TANGKI
22T5 KONTENA TANGKI
22T6 KONTENA TANGKI
22TG KONTENA TANGKI 22T7 KONTENA TANGKI
22T8 KONTENA TANGKI
22TN KONTENA TANGKI 22T0 KONTENA TANGKI
22T1 KONTENA TANGKI
22T2 KONTENA TANGKI
22UP KONTENA KERAS ATAS 22U6 KONTENA KERAS ATAS
22UT KONTENA BUKA ATAS 22U1 KONTENA BUKA ATAS
22VH KONTENA BERUDARA 22V0 KONTENA BERUDARA
22V2 KONTENA BERUDARA
22V3 KONTENA BERUDARA
25GP KONTENA KEGUNAAN UMUM KIUB TINGGI 25G0 KONTENA KEGUNAAN UMUM KIUB TINGGI
26GP KONTENA KEGUNAAN UMUM KIUB TINGGI 26G0 KONTENA KEGUNAAN UMUM KIUB TINGGI
26HR KONTENA BERTEBAT 26H0 KONTENA BERTEBAT
28TG TANGKI UNTUK GAS 28T8 TANGKI UNTUK GAS
28UT KONTENA BUKA ATAS (SEPARUH TINGGI) 28U1 KONTENA BUKA ATAS (SEPARUH TINGGI)
28VH KONTENA BERUDARA SEPARUH TINGGI = 1448 MM 28V0 KONTENA BERUDARA SEPARUH TINGGI = 1448 MM
29PL PLATFORM 29P0 PLATFORM
2EGP KONTENA KEGUNAAN UMUM TANPA PENGUDARAAN. LEBAR 2.5M 2EG0 KONTENA KIUB TINGGI (LEBAR 2.5M)
42GP KONTENA KEGUNAAN UMUM 42G0 KONTENA KEGUNAAN UMUM
42G1 KONTENA KEGUNAAN UMUM
42HR KONTENA BERTEBAT 42H0 KONTENA BERTEBAT
42PC KONTENA RATA (BOLEH LIPAT) 42P3 KONTENA RATA (BOLEH LIPAT)
42P8 KONTENA RATA (BOLEH LIPAT)
42P9 KONTENA RATA (BOLEH LIPAT)
42PF KONTENA RATA (HUJUNG TETAP) 42P1 KONTENA RATA (HUJUNG TETAP)
42PS KONTENA RATA (PENJIMAT RUANG) 42P6 KONTENA RATA PENJIMAT RUANG
42RC KONTENA REEFER (TIADA MAKANAN) 42R9 KONTENA REEFER (TIADA MAKANAN)
42RS KONTENA REEFER (PENJANA DIESEL) 42R3 KONTENA REEFER (PENJANA DIESEL)
42RT KONTENA REEFER 42R1 KONTENA REEFER
42SN KONTENA KARGO DINAMAKAN 42S1 KONTENA KARGO DINAMAKAN
42TD KONTENA TANGKI 42T5 KONTENA TANGKI
42T6 KONTENA TANGKI
42TG KONTENA TANGKI 42T8 KONTENA TANGKI
42TN KONTENA TANGKI 42T2 KONTENA TANGKI
42UP KONTENA KERAS ATAS 42U6 KONTENA KERAS ATAS
42UT KONTENA BUKA ATAS 42U1 KONTENA BUKA ATAS
45BK KONTENA PUKAL 45B3 KONTENA PUKAL
45GP KONTENA KIUB TINGGI. 45G0 KONTENA KIUB TINGGI.
45G1 KONTENA KIUB TINGGI.
45PC KONTENA RATA (BOLEH LIPAT) 45P3 KONTENA RATA (BOLEH LIPAT)
45P8 KONTENA RATA (BOLEH LIPAT)
45RC KONTENA REEFER (TIADA MAKANAN) 45R9 KONTENA REEFER (TIADA MAKANAN)
45RT KONTENA REEFER 45R1 KONTENA REEFER
45UT KONTENA BUKA ATAS 45U1 KONTENA BUKA ATAS
45UP KONTENA KERAS ATAS KIUB TINGGI 45U6 KONTENA KERAS ATAS KIUB TINGGI
46HR KONTENA BERTEBAT 46H0 KONTENA BERTEBAT
48TG TANGKI UNTUK GAS 48T8 TANGKI UNTUK GAS
49PL PELANTAR 49P0 PELANTAR
4CGP KONTENA KEGUNAAN UMUM 4CG0 KONTENA KEGUNAAN UMUM (LEBAR 2.5 M)
L0GP KONTENA KIUB TINGGI L0G1 KONTENA KIUB TINGGI
L2GP KONTENA KIUB TINGGI L2G1 KONTENA KIUB TINGGI
L5GP KONTENA KIUB TINGGI L5G1 KONTENA KIUB TINGGI

Kod negara (pilihan)[sunting | sunting sumber]

Kod negara terdiri daripada 2 huruf besar latin seperti dinyatakan dalam ISO 3166. Ia menunjukkan negara kod itu didaftarkan, bukan kewarganegaraan pemilik atau pengendali kontena. Huruf-huruf dalam kod ini mesti tidak kurang dari 10 mm tinggi.

Tanda operasi mandatori[sunting | sunting sumber]

Tanda operasi bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang diminta tentang pergerakan kontena atau untuk memberi amaran visual. Ia berkaitan dengan

  • Berat kontena
  • Simbol untuk menunjukkan paras permukaan udara kontena.
  • Penunjuk amaran bahaya elektrik
  • Penunjuk tinggi untuk kontena melebihi 2.6m (8 kaki 6 inci)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai beberapa spesifikasi ISO yang berkaitan dengan kontena:

  • ISO 668 - Kontena - Pengelasan, dimensi dan rating
  • ISO 830 - Kontena - Peristilahan
  • ISO 1161 - Kontena - Kelengkapan - spesifikasi
  • ISO 1496 - Kontena - Spesifikasi dan ujian
  • ISO 2308 - Pengangkat untuk mengangkat kontena sehingga kapasiti 30 tan - Syarat asas
  • ISO 3874 - Kontena - Pengendalian dan pemasangan
  • ISO 8323 - Kontena - Kontena udara/permukaan kegunaan umum - spesifikasi dan ujian
  • ISO 9669 - Kontena - Hubungan antara muka untuk kontena tangki
  • ISO 9711 - Kontena - Maklumat berkaitan kontena di atas kapal
  • ISO 9897 - Tukaran data perkakasan kontena (container equipment data exchange) (CEDEX)
  • ISO 10368 - Kontena terma (haba) - Pemantauan jarak jauh
  • ISO 10374 - Kontena - Pengenalan automatik

Pautan luar[sunting | sunting sumber]