Identiti kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Identiti kebangsaan ialah identiti seseorang atau rasa kekitaan satu negara atau satu bangsa.[1][2] Ini ialah pengertian "sebuah bangsa sebagai keseluruhan yang kohesif, yang diwakili oleh tradisi, budaya, dan bahasa yang khas."[3] Identiti nasional boleh merujuk kepada perasaan subjektif yang dikongsi seseorang dengan sekelompok orang mengenai sebuah negara, tanpa mengira status kewarganegaraan seseorang.[4] Identiti nasional dilihat dari segi psikologi sebagai "kesedaran tentang perbezaan", "perasaan dan pengiktirafan 'kita' dan 'mereka'".[5]

Sebagai fenomena kolektif, identiti kebangsaan dapat timbul sebagai akibat langsung dari adanya unsur-unsur dari "titik bersama" dalam kehidupan seharian orang: simbol kebangsaan, bahasa, sejarah bangsa, kesedaran nasional, dan artifak budaya.[6]

Ungkapan identiti kebangsaan seseorang yang dilihat secara positif ialah patriotisme yang dicirikan oleh kebanggaan nasional dan emosi positif cintakan negara. Ekspresi identiti nasional yang ekstrem ialah Cauvinisme, yang merujuk kepada kepercayaan tegas terhadap keunggulan negara dan kesetiaan yang melampau terhadap negara seseorang.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ashmore, Richard D.; Jussim, Lee; Wilder, David, penyunting (2001). Social Identity, Intergroup Conflict, and Conflict Reduction. Oxford University Press. m/s. 74–75. ISBN 9780195137439.
  2. ^ Tajfel, Henri; Turner, John C. (2004). "The Social Identity Theory of Intergroup Behavior". Dalam Jost, John T.; Sidanius, Jim (penyunting). Key readings in social psychology. Political psychology: Key readings. Psychology Press. m/s. 276–293).
  3. ^ "Definition of National Identity in English". Oxford Dictionaries. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 2019-11-14.
  4. ^ Guibernau, Montserrat (2004). "Anothony D. Smith on Nations and National Identity: a critical assessment". Nations and Nationalism. 10 (1–2): 125–141. doi:10.1111/j.1354-5078.2004.00159.x.
  5. ^ Lee, Yoonmi (2012). Modern Education, Textbooks, and the Image of the Nation: Politics and Modernization and Nationalism in Korean Education. Routledge. m/s. 29. ISBN 9781136600791.
  6. ^ Kelman, Herbert (1997). Nationalism, Patriotism and National Identity: Social-Psychological Dimensions. Chicago: Nelson-Hall Publishers. m/s. 171–173.

 

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]