Idiopati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Idiopati(k) ialah sepatah kata yang terutamanya digunakan dalam perubatan untuk memaksudkan "penyakit atau keadaan yang sebabnya tidak diketahui atau yang bangkit secara spontan."[1] Daripada ἴδιος, idios (sendiri) + πάθος, pathos (kesakitan, penyakit, sakit), dalam bahasa Yunani ertinya lebih kurang ialah "penyakit jenis sendiri." Secara teknikal ini ialah istilah untuk nosologi, pengelasan penyakit. Untuk sesetengah keadaan puerbatan, salah satu atau lebih sebab agak difahami, tetapi pada seperatusan tertentu orang dengan keadaan berkenaan, sebab berkenaan mungkin tidak semudahnya ketara atau berciri. Dalam kes sedemikian, asal keadaan berkenaan dikatakan idiopatik.

Dengan sesetengah keadaan perubatan, sebab akar untuk seperatusan besar bagi kesemua kes belum diasaskan—contohnya, glomerulosklerosis segemen fokus atau radang spina ankilosis; kebanyakan kes ini dianggap idiopatik.[2] Dengan keadaan lain, kes idiopatik membentuk hanya seperatusan kecil (contohnya, fibrosis paru-paru).[1] Berkenaan dengan keadaan atau penyakit tertentu, sebaik lebih sebab akar ditemui, peratusan kes bertanda "idiopati" berkurang.

Sesetengah kongenital adalah idiopatik, dan kadang-kadang perkataan "kongenital" digunakan secara seerti engan "idiopatik"; tetapi penggunaan secara berhati-hati lebih mengekalkan perkataan "kongenital" untuk keadaan yang kepadanya erti harfiah perkataan berkenaan digunakan (iaitu, yang patofisiologinya telah wujud sejak tempoh neonatal).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Oxford Reference". Concise Medical Dictionary (8 ed.). Dicapai pada 18 Januari 2014.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "MLP" defined multiple times with different content
  2. ^ Daskalakis N, Winn M (2006). "Focal and segmental glomerulosclerosis". Cell Mol Life Sci. 63 (21): 2506–11. PMID 16952054. doi:10.1007/s00018-006-6171-y.