Pergi ke kandungan

Ikan Emas Biasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ikan Emas Biasa
Asal
China
Jenis
Berekor tunggal
Standard baka
BAS

Ikan emas biasa atau hibuna[1] adalah sejenis ikan emas yang tidak memiliki sebarang perubahan yang berbeza dari nenek moyangnya selain dari warna. Kebanyakan kelainan ikan emas hias dibiakkan dengan menggunakan baka ini. Ikan emas Biasa boleh didapati dalam warna merah, oren/ emas, putih, hitam dan kuning atau 'lemon'.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Membiak ikan emas secara relatifnya agak mudah. Semasa membiak ikan emas jantan akan memiliki titik-titik putih pada penutup insangnya. Ikan jantan akan mengejar ikan betina sehingga ia mengeluarkan telur sebelum disenyawakan oleh ikan jantan. Telur akan melekat pada permukaan. Kaedah terbaik adalah dengan memindahkan telur-telur ini ke akuarium yang berasingan kerana sekiranya tidak telur-telur ini akan menjadi makanan bagi ikan dewasa lain.

Jangka hayat

[sunting | sunting sumber]

Ikan emas mempunyai jangka hayat sehingga 20+ tahun sekiranya diberi makan diet yang baik dan bela dalam keadaan air yang baik. Ikan tertua pada hari ini adalah seekor ikan emas yang bernama Tish. Ia dimiliki oleh Hilda dan Gordon Hand dari Thirsk, N. Yorkshire, England. Tish telah hidup selama 43 tahun selepas dimenangi di satu tapak pesta pada tahun 1956.

Ikan emas sebagai makanan ikan

[sunting | sunting sumber]

Ikan Emas Biasa seringkali digunakan sebagai makanan hidup bagi penyu air tawar dan ikan karnivor lain seperti pirana dan kelisa.

  • "An Interpet Guide to Fancy Goldfish" by Dr. Chris Andrews, (Feeding, pages 40 to 45), Interpet Publishing, 2002. - ISBN 1-902389-64-6
  • "Fancy Goldfish: A Complete Guide to Care and Collecting" by Dr. Erik L. Johnson, D.V.M. and Richard E. Hess, Weatherhill, Shambala Publications, Inc., 2006 - ISBN 0-8348-0448-4
  • Bristol aquarists
  1. ^ "The Lowly Hibuna". Dicapai pada April 12, 2010.