Ikan masak ampap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ikan masak ampap merupakan makanan tradisi suku kaum Kadazan Dusun yang terdapat di negeri Sabah. Dalam sajian ini, ikan yang digunakan ialah ikan basung kerana ikan ini sangat digemari oleh ramai orang di Sabah. Kebanyakan orang akan memakan makanan ini bersama dengan "Ambuyat" atau lebih dikenali sebagai "Kapurung" yang mana merupakan makanan tradisional bagi warga Sabah juga.