Ilmu meme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ilmu meme (dalam bahasa Inggeris memetics) atau memetik ialah kajian tentang kandungan mental berdasarkan suatu perbandingan dengan evolusi Darwin, berasal daripada buku Richard Dawkins pada tahun 1976, The Selfish Gene. Tujuannya sebagai pendekatan bagi pemindahan maklumat budaya dari sudut pandangan model evolusi. Meme yang bermaksud sama dengan gen, secara asasnya ialah satu "unit budaya"—idea, kepercayaan, tingkah laku, dsb. yang "dihoskan" oleh satu atau lebih minda individu, dan mampu terbit sendiri dari minda ke minda. Jadi apa yang disangkakan seseorang mempengaruhi yang lain dilihat dalam ilmu meme sebagai meme menerbitkan dirinya sendiri. Sama seperti genetik, khususnya dalam tafsiran Darwin, kejayaan meme mungkin bergantung kepada keberkesanan sang hos. Ilmu meme terkenal dengan penolakannya terhadap pemikiran tradisional terhadap kebenaran idea dan kepercayaan.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.