Imarah Pindos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Imarah Pindos dan Moglena)
Lompat ke: pandu arah, cari

Imarah Pindos (juga Pindo atau Pindus; Meglen atau Karacova; Aromanian: Principatu di la Pind) adalah negeri autonomi di bawah kawalan fasis Itali dan Bulgaria di barat laut Greece dan selatan Yugoslavia selama Perang Dunia II; daerah Pindos juga meliputi bagian selatan Albania masa ini dan Republik Makedonia. Negeri kecil diistihar selama pendudukan Itali ke atas Greece Utara pada musim panas 1941 sebagai tanah air etnik Aromanians dan Megleno-Romanians, dan dikenali sebagai Principato del Pindo oleh orang Itali. Ibu negeri negari kecil ini adalah Metsovo (Aminciu di Aromanian), tetapi persidangan kebangsaannya diadakan di Trikala.

Putera pertama adalah ketua organisasi pemisah Aromanian yang dikenali sebagai Legion Rom: Alkiviadis Diamandi di Samarina, yang menubuhkan istananya. Pada 1942 serpihan Internal Macedonian Revolutionary Organization (VMRO) menawarkan takhta Makedonia kepada Alkiviadis, tetapi tidak ada bukti apakah dia menyetujuinya. Alchibiades adalah seorang pelindung sastra dan dia sendiri adalah seorang pengukir patung amatur.

Dia meninggalkan negeri itu pada 1942, dan berlindung di Romania, dan panggantinya untuk seketika waktu adalah Nicholas Matoussi, sebelum gelaran itu ditawarkan kepada keluarga Cseszneky sebagai pengitirafan bagi tugas mereka bagi membekalkan bijirin kepada Tentera Itali.

Gyula Cseszneky adalah seorang count Pecheneg asal, keturunan Croatian-Hungarian dan dia yakin bahawa Vlachs di lembah Moglena adalah keturunan suku-kaum Pecheneg zaman pertengahan.

Dia memerintah sebagai Putera Julius I antara Ogos-September 1943, tanpa kuasa sebenar, dan saudaranya, Michael tidak pernah menjejakkan kakinya di wilayah negeri daerah. Sungguhpun begitu, sesetengah pemimpin Aromanian dan Makedonia memerintah atas nama mereka.

Disebabkan kacau-bilau politik dan tentera aturan warisan tidak pernah ditetapkan. Sungguh pun begitu, kelihatannya Jawatan adalah melalui perlantikan dan bukannya warisan.

Pemerintah[sunting | sunting sumber]