Impresario

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Impresario (berasal dari perkataan Itali impresa, yang bermaksud "perusahaan atau usaha")[1] merupakan individu yang menguruskan dan kebiasaannya membiaya konsert, pementasan teater atau opera, yang melakukan tugas serupa dengan pengurus artis atau penerbit filem atau televisyen. Istilah ini berasal dari dunia sosial dan ekonomi opera Itali, yang mana pada pertengahan abad ke-18 sehingga tahun 1830-an, impresario merupakan tokoh utama dalam pengorganisasian lirik.[2] Pemilik tetaer, kebiasaannya bangsawan amatur, bertanggungjawab sebagai impresario dengan mengupah komposer, orkestra, penyanyi, pakaian dan set, serta semuanya dengan mengambil risiko kewangan.

Istilah lama ini masih digunakan dalam industri hiburan dengan merujuk kepada penerbit konsert, jelajah dan upacara lain dalam muzik, opera, teater[3] malahan rodeo.[4] Impresario moden yang penting dalam ertikata lama termasuklah Thomas Beecham, Rudolf Bing, Sergei Diaghilev, Richard D'Oyly Carte, Fortune Gallo, Sol Hurok, Aaron Richmond, dan penerbit festival jazz, George Wein. Istilah ini jarang digunakan untuk wanita, namun antara contoh impresario wanita moden adalah Vivianne Westwood.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ New Oxford American Dictionary. Impresa: enterprise; deed; company. Mondadori's Pocket Italian–English English–Italian Dictionary. The term is sometimes misspelled impressario.
  2. ^ Rosselli, John (1984). The Opera Industry in Italy from Cimarosa to Verdi: The Role of the Impresario. Cambridge University Press. This history is summarized here.
  3. ^ Thomas, Craig (13 July 2001). "Private Triumph.". Asia Week. 
  4. ^ "Broadway Rodeo". Time. 18 October 1937. 
  5. ^ Bell-Price, Shannon (2010). "Vivienne Westwood (born 1941) and the Postmodern Legacy of Punk Style Source: Vivienne Westwood (born 1941) and the Postmodern Legacy of Punk Style". Metropolitan Museum of Art. Dicapai pada March 7, 2017.