Inapan pinggir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Inapan pinggir abad ke-19 di Vălenii de Munte, Romania (kini di Muzium Kampung, Bucharest)

Inapan pinggir adalah sebuah tempat atau bangunan yang pelancong boleh mencari tempat berteduh, serta makan dan minum. Ia lazimnya terletak di kawasan luar bandar dan sepanjang laluan utama. Inapan pinggir ini mudah didapati di Eropah, Asia dan Amerika Utara

Sejarah dan asal-usul[sunting | sunting sumber]

Tabard Inn, Southwark, London, sekitar 1850
Pemandangan inapan pinggir Amerika di tepi jalan (1872)
Sultanhani caravanserai di Turki

Inapan pinggir di Eropah berkemungkinan mula diasaskan ketika masyarakat Rom membina sistem jalan mereka dua alaf yang lalu. Sesetengah inapan pinggir di Eropah sudahpun berusia ratusan tahun dan masih digunakan. Selain menjadikan tempat untuk menyediakan keperluan bagi pelancong, inapan pinggir secara tradisinya menjadi tempat berkumpul bagi masyarakat sekeliling.

Di Eropah, ia lebih memperuntukkan penginapan, dan perlu dibezakan dengan tavern, rumah ale dan pub. Tiga bangunan tersebut lebih cenderung dalam menyaji alkohol (dan di UK, lazimnya minuman ringan dan kadang-kala bersama makanan), tetapi tidak menumpukan penginapan. Inapan pinggir lebih meriah, lebih mewah dan lebih tahan lama; mengikut sejarah, ia tidak hanya menyediakan penginapan dan makanan, tetapi juga kandang dan makanan untuk kuda pelancong serta kuda gantian untuk koc penghantar surat. Kebanyakan pub menggunakan nama "inn", sama ada disebabkan sudah lama dibuka dan pernah menjadi inapan pinggir, atau untuk mempamerkan suasana inapan pinggir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • (Inggeris) Burke, Thomas (1927) The Book of the Inn: being two hundred pictures of the English inn from the earliest times to the coming of the railway hotel; selected and edited by Thomas Burke. London: Constable
  • (Inggeris) Burke, Thomas (1930) The English Inn. (English Heritage.) London: Herbert Jenkins
  • (Inggeris) --do.-- (1947) --do.--Revised. (The Country Books.) London: Herbert Jenkins
  • (Inggeris) Everitt, Alan (1985) "The English Urban Inn", in his: Landscape and Community in England. London: Hambledon Press ISBN 0907628427 (The Oxford Companion to Local and Family History (ed. David Hey), 1996, describes this as "the starting point for modern studies [of inns]"; Everitt described most of the previous literature on the topic as "a wretched farrago of romantic legends, facetious humour and irritating errors")
  • (Inggeris) Douch, H. L. (1966) Old Cornish Inns and their place in the social history of the County. Truro: D. Bradford Barton
  • (Inggeris) Monson-Fitzjohn, G. J. (1926) Quaint Signs of Olde Inns. London: Herbert Jenkins (reissued by Senate, London, 1994 ISBN 1-85958-028-9)
  • (Inggeris) Richardson, A. E. (1934) The Old Inns of England. London: B. T. Batsford
  • (Inggeris) Sherry, John (1972) The Laws of Innkeepers; for hotels, motels, restaurants and clubs. Ithaca, NY: Cornell University Press ISBN 0801407028

Pautan luar[sunting | sunting sumber]