Induktans

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Induktans (atau kearuhan) merupakan nisbah fluks magnet kepada arus elektrik yang mengalir dalam sesuatu pengalir. Arus elektrik, i yang mengalir dalam litar elektrik menghasilkan medan magnet dan selanjutnya fluks magnet, \Phi dalam litar.

Unit SI induktans ialah henry (H). 1 henry = 1 weber per ampere.

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Takrifan kuantiti induktans, L ialah:

L= \frac{\Phi}{i}.

di mana

i ialah arus dalam unit ampere
\Phi ialah fluks magnet dalam unit weber

Lihat juga[sunting | sunting sumber]