Litar elektrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Litar eletrik ringkas terdiri daripada sumber volan dan resistor. Di sini, , menurut Hukum Ohm.

Litar elektrik adalah sambungan komponen elektrik seperti perintang, induktor, kapasitor, talian penyampai, sumber voltan, sumber arus dan suis. Litar elektrik adalah sejenis jaringan khas, yang memiliki gelung litar tertutup yang memberikan laluan kembali kepada arus. Jaringan elektrik yang terdiri hanya dari sumber (voltan atau arus), unsur keseluruhan linear (resistor, kapasitor, induktor), dan unsur pengagih linear (talian pengalir) boleh dianalisa secara algebra dan kaedah pengubah bagi menentukan arus terus, arus ulang alik, dan tindak balas sementara ("transient response").

Jaringan yang mengandungi komponen eletronik aktif dikenali sebagai litar elektronik. Jaringan sedemikian biasanya nonlinear dan memerlukan reka bentuk lebih rumit dan perkakasan analisa.