Insang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Insang tuna dilihat dari belakang

Insang merupakan alat pernafasan yang penting bagi ikan dan banyak organisma akuatik lain. Setiap lembaran insang terdiri dari sepasang filamen yang banyak mengandung lamela (lapisan tipis). Pada filamen, terdapatnya pembuluh darah yang mengandungi kapilari darah sehingga memungkinkan terjadinya penukaran gas oksigen (O2) dan gas karbon dioksida (CO2).

  • Inspirasi: O2 dari air masuk ke dalam insang yang kemudian diikat oleh kapilari darah untuk dibawa ke jaringan tubuh.
  • Ekspirasi: CO2 dari jaringan bersama darah menuju ke insang dan selanjutnya dikeluarkan dari tubuh.

Ikan yang hidup di tempat berlumpur mempunyai labirin yang merupakan perluasan insang berbentuk lipatan berongga tidak teratur. Labirin berfungsi untuk menyimpan oksigen sehingga ikan tahan terhadap kondisi kekurangan oksigen. Misalnya pada ikan Keli dan Haruan.