Institut Kemahiran Tinggi PERDA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Institut Kemahiran Tinggi PERDA atau di kenali sebagai PERDA-TECH dibina pada tahun 1987 dan ianya mula beroperasi pada tahun 1989. Keluasan kawasan Insitut Kemahiran Tinggi PERDA ini iaitu 88 ekar dan keluasan kawasan yang dibangunkan pada masa sekarang ialah 33 ekar.
Di awal penubuhannya ianya dikenali sebagai Pusat Latihan PERDA dan sekarangnya dinaiktaraf kepada Institut kemahiran tinggi PERDA .Jumlah Kursus pertama yang ditawarkan pada awal penubuhannya ialah Kursus Kimpalan, Kursus Batik dan Kursus Binaan dan jumlah pelajar pada kursus pertama tersebut ialah 113 pelajar.Sekarang ini Institut Kemahiran Tinggi PERDA telah menawarkan lebih dari 10 kursus untuk para pelajar dalam pelbagai bidang.

http://www.perda-tech.edu.my/
Institut Kemahiran Tinggi PERDA,
Jalan Bukit Panchor,
14300 Nibong Tebal,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.