Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
Logo Universiti Teknologi MARA
Nama lama
Institut Pengembangan Ilmu (INKA)
Ditubuhkan pada2001
Lokasi
Laman sesawanghttp://inqka.uitm.edu.my

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) ialah jabatan yang bertanggungjawab dalam merancang dan menyelaras program-program kualiti dan inovasi serta perihal kualiti di Universiti Teknologi MARA. Organisasi ini diketuai oleh Penolong Naib Canselor iaitu Prof Dr. Azizah Abdullah (1 Mei 2022 - hingga kini). Sebelum itu, InQKA pernah dipimpin oleh Prof Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor (2015 - 2020) dan Prof Datin Dr. Suzana Sulaiman (2020 - 2022). Prof Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor kini memegang jawatan sebagai Naib Canselor UiTM, berkuat kuasa 9 Ogos 2021 sehingga kini.

InQKA dipertanggungjawabkan untuk membangunkan polisi dan menguruskan pelaksanaan jaminan kualiti bagi memastikan pematuhan kepada keperluan dalaman dan luaran. Inisiatif Kualiti UiTM telah bermula sejak tahun 1992 sehingga kini, InQKA terus dinamik dalam mengurus serta menjadi pemangkin kepada aktiviti berkaitan kualiti yang dijalankan, bukan sahaja di peringkat kampus induk dan fakulti di Shah Alam, waima di peringkat kampus negeri serta cawangan.

InQKA berkembang selaras dengan transformasi UiTM serta menjadi pakar rujuk kualiti dalaman dan luaran. InQKA juga telah merangka UiTM Global Prominence bagi memantapkan lagi pencapaian penarafan UiTM di mata dunia. Antara mandat yang diberikan oleh universiti kepada InQKA adalah:

  • Swaakreditasi
  • Kecemerlangan Operasi
  • Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)
  • Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK)
  • Penilaian Luar (External Reviewer)
  • ISO 9001:2015

Sebagai peneraju pengurusan kualiti, InQKA kekal bertindak sebagai penyelaras utama atau sekretariat universiti bagi urusan audit Pensijilan ISO 9001:2015 di peringkat korporat oleh badan pensijilan LRQA. InQKA juga turut menyelaraskan urusan berkenaan penganugerahan kualiti di peringkat universiti iaitu Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), di samping meneruskan lain-lain portfolio berkaitan kualiti. Fokus turut diberikan kepada beberapa projek Key Performance Indicators (KPI) universiti yang bertujuan untuk:

  • Menambah baik proses di peringkat operasi bagi seluruh sistem UiTM melalui projek Kecemerlangan Operasi
  • Meningkatkan reputasi UiTM menerusi inisiatif penarafan universiti (QS World University Ranking, Times Higher Education - THE)

Aktiviti dan Pencapaian InQKA[sunting | sunting sumber]

InQKA merupakan sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam sistem pengurusan kualiti di UiTM. Konsisten dengan perubahan polisi nasional dan pemerintahan pentadbiran UiTM, InQKA berpengalaman dalam beberapa fasa utama kehidupan.

Sehingga ke hari ini, perkembangan InQKA boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama:

  1. 2001 - 2004
  2. 2005 - 2009
  3. Sehingga kini

2001 - 2004[sunting | sunting sumber]

InQKA yang dahulunya dikenali sebagai Institut Pengembangan Ilmu (InKA) pada tahun 2001, adalah hasil daripada program Perubahan Teknologi daripada Sapura Advancement Systems Sdn Bhd (SAS) kepada UiTM. Program yang dijalankan selama satu tahun itu lebih dikenali sebagai Project 2000 bermula pada Julai 2000 yang diamanahkan untuk membantu UiTM menempuhi perubahan daripada hanya sebuah Institusi kepada sebuah Universiti agar UiTM dapat menangani cabaran dan perubahan pada abad ke-21. Bersempena dengan penyerahan Project 2000 daripada SAS kepada Naib Canselor UiTM, Prof Dr. Rahmat Mohammed dilantik untuk mengetuai Institut Pengembangan Ilmu. Maka daripada itu, wujudlah InKA. InKA terdiri daripada ahli akademik UiTM dengan latar belakang yang berbeza termasuk kakitangan pentadbiran untuk mengawasi operasi harian InKA.

Pada awal penubuhan InKA, visi InKA adalah “Menjadi organisasi terkemuka dengan penumpuan kepada pengetahuan, budaya dan teknologi” manakala misi InKA pula “Menjadi pusat pengembangan ilmu melalui peningkatan kemampuan dalaman ke arah pembentukan organisasi pembelajaran dan untuk menyelidik secara kritis, mencipta, menjana dan menyebarkan sistem dan paradigma ilmu baru”.

Peristiwa utama InKA pada tahun 2001 – 2004 termasuk:

·      UiTM’s Restructuring project (2001 -2002)

·      The National Roundtable Dialogue on Civilization & Terrorism (2002)

·      The Politics of Knowledge, Science & Technology – an InKA Discourse (2002)

·      Mahathir Dialogue in the Advancement of the Ummah (2003)

·      The National Malay Congress on Science & Technology (2003)

·      The International Conference on the Ummah at the Crossroads: The Role of the OIC (2003)

·      The National Colloquium on ASEAN (2004)

·      The Perdana Discourse Series (2004)

·      ISO 9001:2000 certification exercise for faculties and academic centres (2003 -2004)

·      Establishment of ASEAN Studies Centre under InKA, announced by the Prime Minister of Malaysia (2004)

·      Training of 20 UiTM staff as IS0 9001:2000 Lead Assessors (2004)

·      Annual Vice Chancellor’s Quality Award


Pada tahun 2003, InKA menggalas tanggungjawab sebagai sekretariat untuk menerajui usaha bersama dengan memperolehi pensijilan ISO 9001: 2000 bagi bahagian Pengajaran dan Pembelajaran di semua 20 fakulti dan 2 pusat akademik pada ketika itu. Ini sekali gus menaikkan nama fakulti serta pusat akademik apabila memperoleh pensijilan ISO 9001: 2000 pada bulan Mei 2004. Ini termasuklah apabila InKA mendapat anugerah dalam bentuk Sijil Korporat ISO 9001: 2000 untuk skop “Pengurusan Korporat Institusi Pengajian Tinggi” pada bulan Ogos 2004 buat UiTM secara keseluruhannya.

2005 - 2009[sunting | sunting sumber]

Di antara tahun 2005 – 2009 pula, InKA meneruskan peranannya sebagai pencetus pelbagai pakatan dan agenda strategik untuk UiTM. Inisiatif ini berdasarkan amalan terbaik dan penanda aras sebagai penentu pada ketika ini. Penekanan diberikan kepada program yang bakal mengubah corak pemikiran pekerja termasuklah dalam membantu UiTM dalam usaha mencapai kecemerlangan. Dengan harapan, InKA mendapat sokongan yang tinggi daripada pengurusan tertinggi UiTM serta komitmen dan sumbangan daripada pasukan kakitangan pentadbirannya.


Dalam tempoh ini, InKA memanfaatkan kemampuan dalaman sumber pakar dalam UiTM untuk memperluas sijil ISO 9001 ke semua kampus negeri. Latihan tersebut mengumpulkan pasukan perunding dalaman yang telah dilatih sama ada sebagai juruaudit dalaman ISO atau penilai utama. Ia terdiri daripada perunding dalaman utama yang akan melapor kepada Naib Canselor, 6 perunding dalaman kanan dan 1 perunding dalaman untuk setiap 12 kampus negeri. Pasukan yang terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran dikerahkan untuk membantu kampus negeri dalam proses pensijilan ISO 9001 mereka. Rencana tindakan yang diatur dengan baik ini dilaksanakan bermula Februari 2005 dengan tajuk “Program Penyeragaman Sistem Pengurusan Kualiti UiTM ke Kampus Cawangan Ke Arah Pensijilan ISO 9001”.  Perkara ini mendapat sambutan di semua kampus cawangan apabila memperolehi sijil ISO 9001: 2000 pada 31 Disember 2005, seperti yang dirancang.


Hasil daripada peranan penting InKA dalam mewujudkan sistem pengurusan kualiti sebagai asas mempertingkatkan sistem dan proses, InKA dinamakan semula sebagai Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA). Manakala pada tahun 2005 juga, The Malaysian Journal of Quality, Vol 1 diterbitkan oleh InKA.

Peristiwa utama InKA pada tahun 2005 termasuklah:

  • Persijilan ISO 9001:2000 untuk semua kampus cawangan
  • Seminar Kebangsaan Perlaksanaan Piawaian ISO 9001:2000 di Institusi Pengajian Tinggi Awam: Suatu Perkongsian Pengalaman
  • Program Pemetaan Strategi Imbangan Kuantiti-Kualiti 2005


Pada tahun 2006 menyaksikan perubahan dalam kepimpinan dan struktur InQKA. Dato’ Prof. Dr. Mustaffa Mohammed Zain telah dilantik sebagai Penolong Naib Canselor InQKA pada tahun 2006. Pusat Pengajian ASEAN dan Pusat Sejarah Intelektual dan Pemikiran Melayu (Centis), yang awalnya berada di bawah InKA, terletak di bawah Pusat Perancangan Strategik. InQKA telah disusun semula yang mana terdiri daripada dua unit yang bekerja secara sinergi, iaitu Unit Pengembangan Ilmu dan Unit Pengurusan Kualiti, masing-masing diketuai oleh seorang Pengarah. Unit Pengurusan Pengetahuan memetakan rancangan tindakan untuk memahami corak pemikiran staf UiTM dan tindakan untuk mengubah corak pemikiran bagi menaikkan nama UiTM di mata dunia dengan memanfaatkan potensi setiap individu. Unit Pengurusan Kualiti pula meneruskan tanggungjawab bagi melatih kakitangan UiTM untuk terus memahami, mengurus dan meningkatkan sistem pengurusan kualiti yang telah dibentuk serta memanfaatkan maklumat yang diperoleh untuk terus mencapai kecemerlangan.

Beberapa peristiwa yang diadakan pada tahun 2006 adalah:

  • InQKA ‘s meeting with UiTM Top Management/Program Mencorak Minda Ke Arah Universiti Bertaraf Dunia
  • Understanding Mindsets Programme
  • Convention on Contemporary Women in Business
  • PTAR, InED, Pejabat Bendahari and the Faculty of Medicine obtained their ISO 9001:2000 certifications


Peningkatan berterusan menjadi bukti di seluruh UiTM kerana Unit Kualiti di semua fakulti, kampus negeri dan jabatan memahami dan menghargai kitaran PDCA yang ditubuhkan melalui sistem pengurusan kualiti ISO 9001. Hasilnya, persaingan menjadi semakin sukar untuk dinilai. Pada tahun 2007, InQKA mengemukakan permohonan UiTM untuk menyertai Prime Minister’s Quality Award tetapi tidak berjaya. Pengalaman tersebut digunakan untuk terus bersaing dan menyertai anugerah yang sama pada tahun 2008 yang mana terbukti berjaya.


Pada tahun 2008, sesi pengetahuan dan perkongsian amalan terbaik diadakan untuk mengetengahkan proses inovasi dan amalan terbaik di UiTM sebagai kaedah untuk melembagakan peningkatan di seluruh UiTM. Pada masa ini, Profesor Madya Dr Shireen Haron menerajui InQKA, yang menjawat jawatan pada tahun 2007.


Pada tahun 2009, Unit Pengurusan Kualiti telah berusaha sepenuhnya untuk penghijrahan pensijilan ISO 9001: 2000 ke versi 2008. Pada masa ini, InQKA telah melatih lebih daripada 1500 kakitangan UiTM melalui kursus Audit Dalaman ISO 9001 selama 4 hari. Untuk memenuhi permintaan kursus ini, InQKA menghantar lagi 20 staf UiTM untuk latihan Penilai Utama ISO 9001 yang kemudiannya dikerahkan untuk membantu InQKA menjalankan latihan yang berkaitan dengan kualiti dan juga audit.


Peristiwa yang berlangsung dari tahun 2007 ke 2009

  • The Student and Alumni Affairs Department and INTEC obtained their ISO 9001:2000 certifications (2007)
  • Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik 2008 “Isu dan Perspektif antara Pemahaman dan Pembudayaan” (2008)
  • UiTM emerged as the winner of the Prime Minister’s Quality Award 2008
  • Wacana Artikel 153: Kedudukan Istimewa Orang Melayu (2008)
  • Seminar Kepimpinan Melayu (2008)
  • Knowledge Advancement Seminar in Learning: A Global Perspective (2008)
  • Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik 2009 “Mesra dan Professional”
  • Programme “Infusing Quality Culture to Enrich Organizations” (2009)
  • MOU with Perdana Leadership Foundation extended for another 10 Perdana Discourse Series (2009)

2010 - 2015[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, InQKA mengalami perubahan fungsi utama sebagai kaedah untuk menyelaraskan fungsi di UiTM dengan pelantikan Dato’ Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sebagai Naib Canselor UiTM pada tahun 2010. Antara lain, Dato’ Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar juga meminta agar fungsi jaminan kualiti diperkukuhkan. Ini memerlukan penyatuan aktiviti jaminan kualiti di bawah satu unit. Oleh itu, Unit Pengembangan Ilmu dikeluarkan dari InQKA dan ditugaskan semula ke Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK). Prof. Dr. Hj. Hazman Shah Abdullah kemudian dilantik sebagai Penolong Naib Canselor InQKA bagi memperkemaskan peranan InQKA sebagai pusat yang memfokuskan kepada jaminan kualiti UiTM.


Surat pekeliling daripada pejabat Naib Canselor juga memohon untuk menamatkan pensijilan ISO 9001: 2008 oleh pihak ketiga (LRQA) untuk semua fakulti dan kampus cawangan. Namun, pekeliling ini menegaskan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) yang ada masih akan digunakan dan diaudit oleh InQKA sebagai “pihak ketiga” di luar unit masing-masing. Ini bertujuan untuk membolehkan unsur-unsur wajib dalam Kod Amalan untuk Pengauditan Institusi (COPIA) yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia dapat diselaraskan dengan QMS yang telah terbukti menjadi wahana dalam penambahbaikan secara berterusan di seluruh sistem.


Matlamat baru mengenai jaminan kualiti di UiTM merangkumi:

  1. InQKA sebagai pusat jaminan kualiti di UiTM
  2. InQKA menyelaraskan aktiviti jaminan kualiti di UiTM
  3. Tiada pensijilan ISO 9001 luaran (oleh Lyod’s) untuk pusat akademik-fakulti dan kampus
  4. Skop QMS akan diperluas untuk merangkumi semua program yang dijalankan di fakulti atau kampus
  5. Perkhidmatan sokongan bakal meneruskan pensijilan ISO 9001
  6. Semua fakulti, kampus dan jabatan harus melakukan semakan kendiri/audit kualiti dalaman
  7. Peningkatan keupayaan dalam semakan sendiri
  8. Memperkukuhkan kitaran kualiti
  9. Meneruskan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dan Konvensyen Amalan Terbaik (KAPT)
  10. Inovasi dalam Jaminan Kualiti
  11. Meneroka peranan pelajar dalam jaminan kualiti (selain sebagai penyedia maklum balas terhadap pengajaran dan pembelajaran)
  12. Rancangan Transformasi Am

Sehingga ke hari ini, InQKA telah mengadakan satu siri aktiviti (pertemuan, perbincangan, ceramah, sesi latihan, seminar) dalam menjalankan peranan baru ini. Beberapa peristiwa yang diadakan pada tahun 2010 termasuk:

  • Latihan Pelatih (Penilai Utama ISO)
  • Audit Pengawasan Persijilan Korporat ISO 9001: 2008 dan Audit Pembaharuan Sijil
  • Latihan Penilai untuk Kriteria AKNC
  • Penyertaan dalam Projek Khas Naib Canselor: Anti Plagiarisme dan Pengurusan Kualiti
  • Lawatan pengesahan untuk audit AKNC 2010 dan QMS ke 6 kampus, 7 fakulti dan 4 jabatan
  • Program kesedaran: Petunjuk Baru untuk Jaminan Kualiti di UiTM
  • Seminar Mencapai Status Akreditasi Diri
  • Bengkel Self-Review untuk ahli Jawatan Kuasa Jaminan Kualiti UiTM
  • Jemputan oleh MAMPU ke Anugerah Inovasi PM

2016 - 2019[sunting | sunting sumber]

Pada hujung tahun 2015, InQKA menerima kepimpinan yang baharu bersama Penolong Naib Canselor InQKA, Profesor Dr. Roziah Mohd Janor. Di bawah pengurusan pentadbiran yang baharu, InQKA turut diteraju bersama 3 orang pengarah iaitu Pengarah Web Media (WM), Pengarah Jaminan Kualiti Dalaman (IQA) serta Pengarah Sistem Kualiti dan Kecemerlangan Operasi (SKKO). Legasi jaminan kualiti diteruskan lagi di mana InQKA kekal bertindak sebagai penyelaras utama atau sekretariat universiti bagi urusan audit Pensijilan ISO 9001:2008 di peringkat korporat oleh badan persijilan LRQA; menyelaras urusan penganugerahan kualiti di peringkat universiti iaitu Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), di samping meneruskan lain-lain portfolio berkaitan kualiti.

InQKA memberi fokus kepada beberapa projek Key Performance Indicators (KPI) universiti yang bertujuan untuk:

  1. Menambahbaik proses di peringkat operasi bagi seluruh sistem UiTM melalui projek Operational Excellence (OE)
  2. Meningkatkan reputasi UiTM menerusi initiatif penarafan universiti (QS dan THE)
  3. Inisiatif ketampakan UiTM di pentas digitalisasi menerusi pemantapan Web Media UiTM

2022 - Terkini[sunting | sunting sumber]

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menjenama dan menyusun semula unit di InQKA bagi tujuan pengemaskinian carta organisasi InQKA serta penstrukturan semula nomenklatur jawatan pentadbir akademik Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA). Penstrukturan semula ini adalah selaras dengan hasrat InQKA untuk memantapkan lagi sistem pengurusan kualiti universiti. Penjenamaan semula unit, pengemaskinian carta organisasi dan nomenklatur pentadbir akademik telah pun berkuatkuasa pada 1 Mac 2023. Berikut adalah penstrukturan semula unit di Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) :

Bil. Sedia Ada Baharu
1. Unit Jaminan Kualiti Dalaman Unit Jaminan Kualiti Akademik
2. Unit Sistem Kualiti dan Kecemerlangan Operasi Unit Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi
3. Unit Inovatif dan Kreatif Diletakkan di bawah Unit Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi
4. Unit Komunikasi dan Pengembangan Ilmu (Kekal)
5. Unit Pentadbiran, ICT dan AKNC Unit Pentadbiran dan ICT

(Skop AKNC diletakkan di bawah Unit Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi)

5 Unit di bawah InQKA[sunting | sunting sumber]

  • Unit Jaminan Kualiti Akademik (AQA)
    • Unit AQA bertanggungjawab terhadap pengiktirafan program akademik UiTM sejak UiTM memperoleh status Swaakreditasi pada Februari 2017.
  • Unit Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi (PKIKO)
    • Unit PKIKO melaksanakan operasi latihan Kualiti dan Kecemerlangan Operasi diteruskan agar staf terus mengamalkan sistem pengurusan yang mengikut piawaian walaupun terdapat kekangan terutamanya dari aspek dokumentasi dan aksesibiliti.
    • Unit ini bertindak sebagai penyelaras dan pemudah cara dalam menguruskan program serta penganjuran Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi seluruh sistem di UiTM. Selain itu, memastikan pembudayaan idea kreatif dan inovatif produk di tempat kerja dalam kalangan kakitangan UiTM dapat diperluaskan dengan penganjuran beberapa bengkel KIK, pemudah cara pengendalian Konvensyen KIK di peringkat Zon dan peringkat UiTM.
  • Unit Pentadbiran, ICT dan AKNC
    • Pentadbiran - Menyediakan perkhidmatan sokongan pentadbiran dan teknikal dalam aspek pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, perancangan strategik, ICT, pengurusan harta, pengurusan dokumen, fasiliti dan keselamatan.
    • ICT – Keperluan sistem/aplikasi komputer dan peralatan yang penting menjadikan unit ini sebagai nadi penyediaan segala keperluan berkaitan. Perkhidmatan yang diberikan merangkumi 2 perkhidmatan iaitu pengurusan sistem teknologi maklumat dan pengurusan sokongan ICT.
    • Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) – Merupakan satu anugerah kualiti utama universiti dimana unit ini sebagai sekretariat yang menguruskan segala aktiviti yang berkaitan dengan penganugerahan ini. Aktiviti yang diuruskan oleh unit ini termasuk bengkel penulisan laporan, bengkel penilaian laporan, sesi pembentangan akhir dan juga turut terlibat ketika Hari Kemuncak Bulan Inovasi.
  • Unit Komunikasi dan Pengembangan Ilmu
    • Unit ini berperanan untuk menguruskan maklumat di laman sesawang serta media sosial InQKA, pembudayaan kualiti di seluruh sistem, bahan percetakan serta promosi, laporan tahunan dan penerbitan InQKA. Selain itu, memastikan sebaran maklumat yang tepat dan benar kepada pelanggan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kualiti mula bertapak di Universiti Teknologi MARA sejak tahun 1994. Pelbagai perubahan utama telah berlaku kepada InQKA sejak itu.

1994[sunting | sunting sumber]

Centre for Total Quality in Education (CTQE) ditubuhkan sebagai pemacu agenda kualiti di ITM agar lebih terarah.

2000[sunting | sunting sumber]

CTQE telah digantikan dengan Institut Pengembangan Ilmu (InKA) sebagai pencetus pergerakan pengurusan perubahan di UiTM.

2005[sunting | sunting sumber]

Penjenamaan semula InKA kepada Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) bagi menampakkan fokus ke arah pengurusan organisasi yang cemerlang melalui pembentukan Sistem Pengurusan Kualiti yang memenuhi kehendak semua pemegang taruh.

2010[sunting | sunting sumber]

InQKA dipertanggungjawabkan dengan pembangunan polisi dan pengurusan pelaksanaan jaminan kualiti bagi memastikan pematuhan kepada keperluan dalaman dan luaran.

2015[sunting | sunting sumber]

InQKA berkembang selaras dengan transformasi UiTM dan menjadi pakar rujuk kualiti universiti dalaman dan luaran. Mandat yang diberikan oleh universiti kepada InQKA adalah:

  1. Penarafan UiTM
  2. Swaakreditasi - 2017
  3. Kecemerlangan Operasi - 2017
  4. Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) - 2000 hingga kini
  5. Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) - 2014
  6. Penilaian Luar (ER) - 2012
  7. Peralihan ke arah ISO 9001:2008 kepada ISO 9001:2015 - 2017

2018[sunting | sunting sumber]

InQKA berkembang selaras dengan Transformasi UiTM (Trans4U) dan menjadi pakar rujuk kualiti universiti dalaman dan luaran.

2020 - kini[sunting | sunting sumber]

Kini InQKA telah menjadi pakar rujuk bukan sahaja kualiti malah inovasi. Sejajar dengan perkembangan semasa, ISO 9001: 2015 telah di guna pakai sepenuhnya dan InQKA juga diberikan mandat dalam menyemak serta memastikan akreditasi program baharu. InQKA  telah merangka UiTM Global Prominence bagi memantapkan lagi pencapaian penarafan UiTM di mata dunia.

Visi InQKA[sunting | sunting sumber]

Untuk menjadi sebuah Institut Jaminan Kualiti dan Pengembangan Ilmu yang dikenali di rantau ini.

Misi InQKA[sunting | sunting sumber]

Institut Jaminan Kualiti dan Pengembangan Ilmu yang membentuk amalan yang baik dalam memperkukuhkan Jaminan Kualiti Dalaman UiTM, di samping menjadi perantara dengan pemegang taruh.

Terma Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Bertindak sebagai unit yang mengiktiraf program yang tidak mendapat pengiktirafan badan profesional
  2. Memperkukuhkan Sistem Pengurusan Kualiti dan Inovasi di tempat kerja di UiTM
  3. Menjadi pengantara kepada pengawal selia dan stakeholder berkaitan dengan kualiti dalaman, nasional dan antarabangsa
  4. Mewakili UiTM dalam penglibatan dan kerjasama tempatan serta antarabangsa bagi urusan berkaitan dengan Kualiti, Inovasi di Tempat Kerja, Pencapaian dan Penarafan
Roadmap InQKA 2021 - 2025
Roadmap InQKA 2021 - 2025