Institut Latihan Perindustrian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Logo Institut Latihan Perindustrian

Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sejenis institut latihan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi permintaan sektor perindustrian di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah penubuhan ILP telah bermula semenjak tahun 1964 lagi dengan penubuhan ILP Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1973, ILP Prai telah dibina diikuti dengan CIAST Shah Alam dan lain-lain di Kuala Terengganu, Pasir Gudang, Labuan, Kuantan, Kota Bahru, Jitra, Ipoh, Bandar Melaka, dan JMTI Seberang Perai. ILP adalah di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Manakala JTM adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Selepas itu, 9 buah lagi institut dibina dalam Rancangan Malaysia Ketujuh.

Pelajar[sunting | sunting sumber]

Jumlah pelajar yang telah berjaya dilatih oleh institut-institut latihan ini di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh dari tahun 1996 hingga tahun 2000 adalah seramai 14,141 orang pelajar. Jumlah pengeluaran pada tahun-tahunnya terus meningkat. Pada tahun 2001 seramai 3,901 pelajar telah dilatih, 7,655 pelajar pada tahun 2002 dan 8-ribu pelajar pada tahun 2003.

Dari segi pengambilan pula, sejumlah 8,496 pelajar baru telah diambil pada tahun 2003. Ini berbanding dengan 7,416 orang pada tahun 2002. Peningkatan dalam jumlah pengambilan pelajar mulai tahun 2002 adalah berikutan dengan beroperasinya 9 buah ILJTM di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh.

Pautan Dalam[sunting | sunting sumber]

Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]