Intra-bidang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Intra-bidang (bahasa Inggeris: intra-frame) digunakan dalam pengekodan (pemampatan) video, sebagai sebahagian kumpulan gambar bersama antara bidang.

Istilah intra-bidang memaksudkan hakikat bahawa pelbagai teknik pemampatan yang ada kehilangan mahupun tidak, dilakukan secara relatif dengan maklumat yang hanya terkandung di dalam bidang semasa, dan tidak relatif dengan mana-mana bidang lain dalam jujukan video. Dalam erti kata lain, tiada pemprosesan temporal yang dilakukan di luar gambar atau bidang semasa. Teknik pengekodan bukan intra merupakan sambungan kepada asas-asas ini. Didapati bahawa gambar rajah blok ini serupa dengan hasil pengekod video imej pegun JPEG, cuma dengan perbezaan kecil dalam butiran pelaksanaan.

Antara bidang ditakrifkan oleh CCITT pada tahun 1988-1990 oleh H.261 buat julung kalinya. H.261 dimaksudkan intuk telepersidangan dan penelefonan ISDN.

Proses pengekodan[sunting | sunting sumber]

Data biasanya dibacakan dari kamera video atau kad video dalam format data YCbCr (yang biasanya tersalah tanda sebagai YUV yang sepatutnya digunakan untuk data analog sahaja). Proses pengekodan berbeza-beza sekali bergantung pada jenis pengekod yang digunakan (cth.: JPEG, H.264), tetapi langkah-langkah yang dilibatkan pada amnya termasuk: pemetakan kepada makroblok, penjelmaan (cth.: DCT, atau anak gelombang), pengkuantuman dan pengekodan entropi.

Pengekodan intra-bidang digunakan dalam langkah pemetakan kepada makroblok.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]