Iryu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Iryu-banner.jpg

Iryu adalah sebuah drama yang berasakan komik Iryu yang dihasilkan oleh Nogizaka Taro.


Plot[sunting | sunting sumber]

Asada Ryutaro (Sakaguchi Kenji) menikmati cara hidup yang sambil lewa apabila Kato Akira datang melawatnya. Kato adalah profesor madya Fakulti Pembedahan Jantung di Hospital Universiti Perubatan Meishin.

Kato memerlukan bantuan Ryutaro yang terkenal sebagai pakar pemebedahan jantung. Ryutaro pernah membimbing "Team Medical Dragon", kumpulan perubatan badan bukan kerajaan bertaraf dunia. Team Medical Dragon telah bertugas di dalam kawasan peperangan dimana persekitaran yang mendesak, bekalan ubat-ubatan yang tidak mencukupi dan juga teknologi dan alatan yang serba kekurangan. Walaupun begitu, Ryutaro dan Team Medical Dragon berjaya menyelamatkan banyak nyawa. Kemahiran yang dimilki oleh Ryutaro semakin meningkat dengan persekitaran begitu membuatkan ramai doktor lain mengkagumi Ryutaro.

Dalam dunia perubatan di Jepun, kejayaan Kato sebagai seorang doktor wanita menjadi profesor madya dalam usia yang muda memang mengkagumkan. Kato bercita-cita untuk menjadi profesor dan Kato memerlukan Ryutaro untuk membantunya dalam penulisan tesis Kato mengenai teknik Batista. Teknik Batista adalah teknik pembedahan yang sangat sukar yang memerlukan pakar bedah yang berkepakaran.

Kato telah menyaksikan kepakaran Ryutaro dan mengakui hanya Ryutaro sahaja yang dapat membantu Kato dalam mencapai cita-citanya. Kato menyaksikan kemahiran Ryutaro ketika dia menyertai badan perubatan bukan kerajaan yang telah dihantar oleh Hospital Universiti Perubatan Meishin. Untuk merelealisasikan cita-cita Kato, dia terpaksa mengambil Ryutaro yang sememangnya terkenal keras kepala.

Ketibaan Ryutaro di Hospital Universiti Perubatan Meishin menyaksikan kes-kes sukar dan terabai berjaya diselamatkan dengan kemahiran yang dimiliki Ryutaro. Walau bagaimanapun, teknik Batista memerlukan sebuah pasukan yang cemerlang dimana setiap ahli perlu bersedia dan mempunyai kepakaran yang setaraf bagi memastikan pembedahan teknik Batista. Maka, bermulalah perjalanan Ryutaro mencipta "Team Medical Dragon" yang baru. - Fuji TV

Watak[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • 49th Television Drama Academy Awards: Drama Terbaik
  • 49th Television Drama Academy Awards: Susunan Muzik Terbaik, Kono Shin
  • 49th Television Drama Academy Awards: Pengarah Terbaik, Kubota Satoshi

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]