Pergi ke kandungan

Isma Aliff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Isma Aliff
اسما اليفف
Kelahiran
Muhammad Latiff bin Ismail

24 Julai 1964
Meninggal dunia7 Januari 2026(2026-01-07) (umur 61)
Sebab kematianAngin ahmar
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Selangor
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara, penghibur, pelawak
Tahun aktif1986–2026
PasanganNorha Rafie (k. 1986–2026)
Anak-anak2
SaudaraShamsidah Ismail (adik)

Muhammad Latiff bin Ismail (Jawi: محمد لطيفف بن اسماعيل; 24 Julai 1964 – 7 Januari 2026) atau lebih dekenali sebagai Isma Aliff merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengacara, penghibur dan pelawak Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni pada tahun 1986 yang popular menurusi rangkaian RTM.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Isma dilahirkan pada 24 Julai 1964, di Kampung Baru Kuala Lumpur. Beliau berkahwin dengan Norha Binti Rafie sekitar tahun 1986 dan mempunyai dua orang anak yaitu Norismalina dan Muhammad Aliff.

Isma Aliff terkenal bersama Mr. Os di lewat 80an. Filem yang dibintangi kedua pelakon tersebut seperti Kembar Siam (1989) mengangkat Isma menjadi duo bersama Os di rancangan RTM. Isma juga turut membentuk kumpulan bersama Mr. Os di tahun 2013 dalam program Maharaja Lawak Mega 2013. Sebelum itu, Isma merupakan juri tetap kepada Raja Lawak 7 [1]

Isma juga mebintangi filem-filem seperti Marah-Marah Sayang, Jaket Biru, Sayang Ibu. Di drama, Isma bintangi Romeo yang diarahkan oleh Aziz M. Osman di tahun 2008.

Selain berlakon dan berlawak, belaiu juga mempunyai empat buah album sendiri di tahun puncaknya. Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka dan Macam-Macam Ada.[2]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1987 Mawar Merah Isma Filem pertama
Marah-Marah Sayang Rostam
1988 Sayang Ibu
1989 Kembar Siam
2007 Budak Lapok Osman (suara) Filem terakhir
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Romeo Romi TV3

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Enot VCD
Enot2 Rayalah Pulak!
2003 Kampung Meletup Afi
Pelakon Popular Jefri
Enot3 VCDlah Pulak!
2008 Putar Alam

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
2013 Raja Lawak Astro (Musim 7) Juri Tetap Astro Warna
2024 Bersamamu Tetamu Jemputan TV3
Tahun Tajuk Kumpulan Catatan
2013 Maharaja Lawak Mega 2013 Osama Bersama Mr. Os

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]