Istana Parlimen Catalonia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mukaan barat istana.

Istana Parlimen Catalonia (Bahasa Catalonia: Palau del Parlament de Catalunya; Sepanyol: Palacio del Parlamento de Cataluña) ialah tempat mesyuarat dan perjumpaan untuk Parlimen Catalonia yang terletak di Barcelona. Ia dibina di antara 1717 hingga 1727 sebagai gedung senjata Ciutadella dan ia telah direka bentuk oleh Jorge Próspero de Verboom.

Selepas Ciutadella dimusnahkan pada pertengahan abad ke-19, bangunan ini telah digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuklah sebagai berek, istana diraja dan muzium seni. Istana ini merupakan tempat pertemuan Parlimen Catalonia dari 1932 hingga 1939, sebelum ia dibubarkan ketika Perang Saudara sepanyol. Dengan penubuhan semula Parlimen pada 1980, istana ini telah diubah suai dan sekali lagi menjadi tempat pertemuan Parlimen.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Ruang dalam dewan parlimen

Istana ini dibina dalam bentuk salib, dengan satu kubah di bahagian tengah dan empat halaman dalam. Bangunan ini mempunyai dua tingkat dan loteng, dengan keluasan 5,532 meter persegi (59,550 ka2). Ia dibina dengan batuan dari bukit Montjuïc dan jubin merah.[1]

Dewan parlimen yang sekarang ini pada asalnya direka bentuk oleh Falqués seperti Salon del Tron.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "El Palau del Parlament". Parlament de Catalunya (dalam bahasa Catalonia). Dicapai pada 29 Oktober 2017.
  2. ^ "La disposició actual". Parlament de Catalunya (dalam bahasa Catalonia). Dicapai pada 29 Oktober 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]